Operasi Kaunter PKP
Makluman Penting:
Kaunter PKP akan ditutup pada 27 Jun 2015 (Sabtu) kerana terdapat gangguan bekalan elektrik seperti yang telah dihebahkan oleh Pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM seperti makluman berikut:-
“MAKLUMAN : GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK BAGI KERJA HENTITUGAS KESELURUHAN 33KV SSU UKM
Dimaklumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad telah memberi notis untuk menjalankan kerja hentitugas bagi kerja-kerja senggaraan alatsuis 33kv, busbar, cable ends dan senggaraan pencegahan perlindungan.
Oleh itu, terdapat gangguan bekalan elektrik di seluruh kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 27 Jun 2015 (Sabtu) jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. “
Namun pada 28 Jun 2015 (Ahad), kaunter PKP akan beroperasi seperti biasa. Harap maklum.