Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Khidmat Pengembalman

Pengembalman (Embalming) merupakan suatu proses di mana mayat yang akan digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran akan diawet dengan bahan kimia bagi mengekalkan bentuk asal serta tahan lama. Kadaver yang terhasil masih dapat mengekalkan keasliannya dalam tempoh masa yang lama dan dapat digunakan berulang kali oleh para pelajar. Ini merupakan kaedah pengawetan tradisional yang masih banyak digunakan oleh sekolah-sekolah perubatan.

Bahan pengawet yang biasa digunakan adalah formalin pada tahap kepekatan paling rendah. Formalin merupakan bahan kimia terkawal digunakan selalu sebagai bahan pengawet, antiseptik dan disinfektan. Disebabkan ianya mudah meruwap, dan berpotensi sebagai karsinogen, ianya harus dikendalikan dengan cermat dari awal penggunaan sehinggalah pembuangannya.

Menyedari kerumitan untuk menguruskan teknik pengawetan ini, pihat jabatan menawarkan khidmat pengembalman kepada institusi pendidikan tinggi awam dan swasta yang berminat. Selain dari itu, kami juga menawarkan khidmat pengembalman kepada perkhidmatan pengkebumian yang memerlukan penghantaran jarak jauh (long distance transfer). Sila berhubung dengan pegawai kami untuk mengetahui syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengembalman, sila hubungi:

En. Shaiful Ridzwan Sapri

 03-9145 8642/8714
 srs9286@ukm.edu.my