Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Bilik Pengembalman

Jabatan juga mempunyai kemudahan lengkap untuk tujuan pengembalman sesuatu mayat. Pengembalman merupakan suatu proses di mana mayat yang akan digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran akan diawet dengan bahan kimia bagi mengekalkan keasliannya serta tahan lama. Bilik ini dilengkapi dengan meja pengembalman, peti ais penyimpanan mayat dan mesin pengembalman.

 

Selain dari itu, kami juga menyediakan perkhidmatan pengembalman mayat sama ada untuk tujuan pendidikan (institusi pengajian tinggi) ataupun untuk tujuan penghantaran jarak jauh (long distance transfer). Sila rujuk bahagian Khidmat Pengembalman di bawah menu Perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai bilik pengembalman ataupun penggunaan ruang, sila hubungi:

En. Shaiful Ridzwan Sapri

 03-9145 8642/8714
 srs9286@ukm.edu.my