Mesyuarat Semakan Pengurusan Tahun 2017 Unit Audit Dalam UKM

Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Unit Audit Dalam bagi Tahun 2017 telah diadakan pada 13 -14 Mac 2018 (Selasa & Rabu)bertempat di Bilik Mesyuarat Bitara, Fakulti Pengajian Islam, UKM. MSP ini diadakan bagi tujuan menyemak dan menambahbaik prestasi setiap Jawatankuasa yang terdapat dalam Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) di UAD sepanjang tahun 2017. Ini adalah selaras dengan kehendak Klausa 9.3 dalam MS ISO 9001:2015  yang memerlukan semakan terhadap sistem pengurusan kualiti untuk memastikan ianya adalah sesuai, mencukupi, berkesan dan selari dengan arah tuju strategik UKM.

Agenda MSP pada kali ini membincangkan perkara-perkara berikut:

  1. Laporan hasil audit;
  2. Pemantauan dan pengukuran untuk prosedur kerja umum dan prosedur kerja UAD;
  • Laporan prestasi proses dan pematuhan terhadap produk dan perkhidmatan;
  1. Laporan ketidakakuran dan pembetulan;
  2. Laporan kepuasan pelanggan dan aduan pelanggan;
  3. Laporan penilaian prestasi pembekal;
  • Semakan isu-isu luaran dan dalaman;
  • Laporan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  1. Laporan pengurusan Latihan;
  2. Laporan Jawatankuasa Dokumentasi;
  3. Laporan Jawatankuasa EKSA/5S;
  • Laporan Jawatankuasa Laman Web;
  • Laporan Jawatankuasa QAR;
  • Penilaian keberkesanan risiko;
  1. Keperluan sumber untuk mengekalkan keberkesanan SPK; dan
  • Peluang dan potensi untuk peningkatan.

 

MSP ini melibatkan semua kakitangan Unit Audit Dalam dan telah berjaya dilaksanakan serta mencapai objektifnya. Segala output yang diperolehi daripada mesyuarat ini akan diambil tindakan oleh kakitangan/jawatankuasa yang berkaitan. Terdapat juga hasil daripada mesyuarat ini yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Semakan Pengurusan peringkat UKM pada bulan 23 Mac 2018.

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan program ini.