Portal Rasmi Unit Audit Dalam UKM

 BEBAS, OBJEKTIVITI, INTEGRITI

Latar Belakang

Kerajaan Malaysia telah menyarankan bahawa semua agensinya mesti melaksana dan mempertingkatkan fungsi Audit Dalam melalui Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1993 dan Bil. 3 Tahun 1998. Unit Audit Dalam ini tidak bertujuan untuk menggantikan audit luaran tetapi sebagai persediaan kepada audit luar.

 

Dalam usaha Universiti Kebangsaan Malaysia mempertingkatkan proses pengajian, penyelidikan dan pengurusannya, Audit Dalam tidak terkecuali dari usaha ini. Oleh yang demikian, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengarahkan Pusat Pembangunan Akademik memikul tanggungjawab bagi menjalankan audit dalam kewangan dan operasi bagi seluruh Universiti Kebangsaan Malaysia termasuk kampus cawangannya.

 

Pada 13 Disember 1997, Mesyuarat Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia telah meluluskan penubuhan Bahagian Audit Dalam di bawah naungan Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi memastikan Bahagian ini dapat berfungsi dengan bebas dan sewajarnya, Mesyuarat Pengurusan Universiti pada 15 Disember 1999, bersetuju menempatkan semula Bahagian ini di bawah pentadbiran Canselori dan dikenali sebagai Unit Audit Dalam berkuatkuasa mulai 1 Januari 2000.

 

Mulai September 2007, Unit Audit Dalam telah ditempatkan di Aras 4, Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Translate »