Portal Rasmi Unit Audit Dalam UKM

 BEBAS, OBJEKTIVITI, INTEGRITI

Kajian Kepuasan Pelanggan 2020

Berdasarkan IPPF Practice Advisory 1310-1: Requirement of the QAIP, penilaian yang berterusan dan berkala terhadap keseluruhan aktiviti audit dan perundingan kerja yang telah dilaksanakan oleh UAD perlu dijalankan. Ini termasuk pengukuran dan analisis prestasi ke atas pencapaian pelaksanaan pelan audit, masa kitaran, cadangan yang diterima dan kepuasan pelanggan. Hasil daripada analisis dan laporan yang berkaitan boleh digunakan sebagai elemen untuk penambahbaikan dalam melaksanakan aktiviti UAD.

Bagi tahun 2020, sebanyak 108 borang soal selidik kepuasan pelanggan telah diterima daripada auditi/pelanggan yang merangkumi 15 program audit yang telah dijalankan. Penurunan responden bagi tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya adalah disebabkan kerana arahan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik Covid-19.
Borang diedarkan semasa proses pengauditan dijalankan melalui 3 peringkat iaitu semasa mesyuarat pembukaan, pelaksanaan audit dan juga semasa mesyuarat penutupan audit. Walaubagaimanapun semasa tempoh PKPB/PKPP borang diedarkan melalui dalam talian (Google Form).

 

 

 

 

 

 

 

Bagi tempoh 5 tahun ini (2016 – 2020), secara puratanya sebanyak 98.4% pelanggan/auditi berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh UAD.

 

 

 

 

 

 

Analisis Kajian Kepuasan Pelanggan mendapati terdapat beberapa perkara utama yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan penambahbaikan bagi meningkatkan peratusan kepuasan pelanggan UAD dalam masa yang sama memastikan perkhidmatan UAD dapat memberikan tambah nilai serta impak yang baik kepada PTJ dan UKM secara tidak langsung.

 

 

 

 

 

 

Di samping itu, bagi Januari hingga Disember 2020, UAD telah mendapat sebanyak 7 penghargaan dan 2 cadangan.

Translate »