Portal Rasmi Unit Audit Dalam UKM

 BEBAS, OBJEKTIVITI, INTEGRITI

Fungsi J/K Audit

Fungsi UTAMA Jawatankuasa Audit ialah:-

  • Mengkaji keperluan Unit Audit Dalam termasuk piagamnya.
  • Mengkaji keberkesanan dan kemampuan sistem pengawalan dari dalam.
  • Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Unit Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaan, serta penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Luar.
  • Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah.
  • Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan penyata kewangan, prospektus dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan.
  • Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan maklumat prestasi secara kuantitatif di atas aktiviti yang tertakluk kepada auditan dan perkara lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah.
  • Mengesan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah serta tatakelakuan pegawai/kakitangan dan mengambil daya usaha menyiasat sebarang pertelingkahan yang berlaku dalam urusan Universiti.
  • Memastikan bahawa Universiti sentiasa mengubahsuai perlaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan seperti pengisytiharan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa.
  • Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa.
  • Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai kakitangan dan orang awam yang didapati telah melakukan sebarang penyelewengan, untuk tindakan yang sesuai.
  • Meneliti dan mengkaji Laporan Ketua Audit Negara serta kertas kerja yang berkaitan dengan bidang tugas audit dan membentangkan laporan setiap suku tahun di Mesyuarat Lembaga Pengarah.
Translate »