Portal Rasmi Unit Audit Dalam UKM

 BEBAS, OBJEKTIVITI, INTEGRITI

Aktiviti ISO

Mesyuarat Majlis Inovasi Universiti Bil. 1/2010 telah bersetuju supaya pusat-pusat tanggungjawab yang mengendalikan perkhidmatan di UKM digabungkan di bawah satu pensijilan iaitu MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP). Unit Audit Dalam (UAD) telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada dua belas PTj dalam fasa pertama menuju ke arah pensijilan MS ISO 9001:2008 SPKP tersebut. Secara rasminya Unit Audit Dalam menyertai SPKP pada Oktober 2011.

Setelah memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2012, Unit Audit Dalam (UAD) bersama-sama Jabatan Perkhidmatan lain di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menaiktaraf kepada versi standard yang baru iaitu kepada MS ISO 9001:2015 berkuatkuasa dari 16 Mac 2016 sehingga 17 Januari 2019.

Pelan perubahan ini telah bermula semenjak awal tahun 2016 dengan pelbagai kursus dan taklimat yang dirancang oleh pihak Pusat Jaminan Kualiti, UKM. Perubahan ketara yang dapat dilihat pada MS ISO9001:2015 adalah tumpuan kepada pengurusan risiko.

Perancangan penggabungan ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2020. Hasil daripada perlbagai taklimat, kursus dan bengkel yang diadakan, UAD telah membangunkan Prosedur Teras Pengurusan Pengauditan UKM-SPKPPP-PT(P)10 dan Arahan Kerja Pengurusan Pengauditan UKM-SPKPPP-PT(P)10-UAD-AK01

  1. Jawatankuasa Dokumentasi
  2. Jawatankuasa Audit Dalam
  3. Jawatankuasa Aduan & Maklum Balas Pelanggan
  4. Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pembekal
  5. Jawatankuasa Analisis Data
  6. Jawatankuasa Peningkatan Kualiti, Promosi dan Latihan
  7. Jawatankuasa Penyelarasan Isu Dalaman dan Luaran
  8. Pemantauan CA
  9. Jawatankuasa Risiko
  10. Jawatankuasa Quality Assurance Review (QAR)
  11. Jawatankuasa EKSA
  12. Jawatankuasa Laman Web
  13. Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

 

Daripada awal penyertaan dalam SPKP iaitu tahun 2011 sehingga bulan Julai 2023, UAD telah melalui beberapa siri pengauditan baik dalaman mahupun luaran. Jadual berikut menunjukkan pengauditan yang telah dilaksanakan ke atas UAD.

 

Translate »