Portal Rasmi Unit Audit Dalam UKM

 BEBAS, OBJEKTIVITI, INTEGRITI

Peranan dan Tanggungjawab

Peranan Unit Audit Dalam UKM

1.Audit Dalam merupakan satu badan bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi sesebuah organisasi. Objektif Audit Dalam adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan memperbaiki keberkesanan kawalan dan proses tadbir urus.
2.Unit Audit Dalam bertanggungjawab memberi kepastian dan khidmat nasihat kepada Naib Canselor mengenai sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus Universiti. Kepastian yang diberikan oleh Ketua Audit Dalam adalah melalui pandangan profesional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus.
3.Audit Dalam bukan merupakan tambahan atau pengganti kepada pihak pengurusan. Tanggungjawab ke atas kawalan dalaman untuk memastikan peraturan dan prosedur yang bersesuaian dan mencukupi diwujudkan tanpa mengambil kira aktiviti audit adalah di bawah pihak pengurusan.

 

Tanggungjawab

1.Tanggungjawab Unit Audit Dalam adalah untuk memberi kepastian dan khidmat perundingan kepada Naib Canselor mengenai sistem kawalan dan proses tadbir urus organisasi.
2.Unit Audit Dalam diberi tanggungjawab menjalankan audit pengurusan kewangan, audit pengurusan / audit prestasi dan auditan khas. Audit Pengurusan Kewangan merangkumi pemeriksaaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. Audit pengurusan / prestasi pula merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.

Translate »