Portal Rasmi Unit Audit Dalam UKM

 BEBAS, OBJEKTIVITI, INTEGRITI

Rumusan Audit 2020

 

RUMUSAN PENEMUAN-PENEMUAN AUDIT BAGI TAHUN 2020

Jumlah pengauditan yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit UKM untuk tahun 2016 sehingga 2020 adalah seperti rajah di bawah:

Daripada keseluruhan pengauditan yang telah dibentangkan dalam tahun 2020, penilaian laporan adalah seperti berikut:

Penemuan-penemuan Audit Dalam dibahagikan kepada 5 komponen iaitu i. Kawalan Persekitaran (Control Environment), ii. Penilaian Risiko (Risk Assessment), iii. Kawalan Aktiviti (Control Activities), iv. Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication), dan v. Aktiviti Pemantauan (Monitoring). Rajah di bawah menunjukkan bilangan penemuan berdasarkan pembahagian komponen-komponen tersebut.

Berdasarkan carta di atas, penekanan yang serius perlu dilakukan ke atas aspek kawalan aktiviti dan kawalan persekitaran sementara komponen-komponen lain iaitu maklumat & komunikasi dan pemantauan juga perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan, baik di pusat-pusat tanggungjawab mahupun pengurusan tertinggi. Penemuan-penemuan ke atas komponen penilaian risiko seperti yang dilaporkan dalam laporan-laporan Audit menunjukkan terdapat ruang-ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terutama dari segi penambahbaikan dan pengemaskinian daftar risiko.

Kawalan aktiviti dilaksanakan di semua peringkat dalam sesuatu organisasi dan di semua peringkat dalam sesuatu proses. Kawalan aktiviti merupakan tindakan yang diwujudkan melalui polisi, prosedur atau garis panduan bagi membantu pihak pengurusan mengawal risiko yang berkemungkinan akan menggagalkan pencapaian suatu objektif. Berdasarkan kepada penemuan pada komponen kawalan aktiviti yang tinggi, kakitangan UKM di semua peringkat perlu meningkatkan pematuhan kepada polisi, prosedur atau garis panduan supaya risiko kegagalan pencapaian objektif sesuatu proses tersebut dapat dikurangkan seminima yang mungkin.

Manakala kawalan persekitaran adalah set piawaian, proses, dan struktur yang menyediakan asas untuk melaksanakan kawalan dalaman di seluruh organisasi. Pihak pengurusan perlu menunjukkan kepemimpinan yang baik dengan memberi penekanan mengenai kepentingan kawalan dalaman termasuk standard kelakuan yang diharapkan. Aspek pemantauan yang merupakan komponen kelima dalam COSO juga tidak kurang pentingnya. Kekurangan pemantauan yang dilakukan dan kurangnya keberkesanan pemantauan ke atas proses yang dilaksanakan, oleh kakitangan yang dipertanggungjawabkan, juga memberi kesan kepada kawalan aktiviti yang membawa kepada banyak penemuan dalam komponen kawalan aktiviti tersebut.

Antara penemuan-penemuan audit yang dibangkitkan adalah seperti berikut

Sehubungan dengan itu, bagi mempertingkatkan kawalan dalaman di UKM supaya menjadi lebih efektif dan efisien, usaha untuk memperkukuhkan komponen kawalan aktiviti dan kawalan persekitaran perlu diberi penekanan yang sewajarnya di samping memantapkan komponen pemantauan, penilaian risiko dan maklumat & komunikasi.

Translate »