Portal Rasmi Unit Audit Dalam UKM

 BEBAS, OBJEKTIVITI, INTEGRITI

Jawatankuasa Pasukan Petugas Pemantauan Penemuan Audit Dalam (J4PAD)

Pengenalan

Jawatankuasa Pasukan Petugas Pemantauan Penemuan Audit Dalam (J4PAD) dipengerusikan oleh Naib Canselor UKM dan telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil.7/2020 bertarikh 31 Oktober 2020. Fungsinya adalah memastikan setiap pemantauan Audit Dalam diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.

Ahli Jawatankuasa

Pengerusi

YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman (Naib Canselor UKM)

 

Ahli-ahli

  1. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani (Timb. Naib Canselor HEPI) @ wakil
  2. En. Mohd Azli Mohd Kasirun (Bendahari UKM) @ wakil
  3. YBhg. Prof. Dr. Salawati Mat Basir (Penasihat Undang-Undang)
  4. Ishak Md Saboo (Ketua Audit Dalam UKM) – Setiausaha
  5. Pegawai-pegawai Unit Audit Dalam –  Urusetia

 

T.O.R

  1. Memastikan setiap penemuan audit dalam diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.
  2. Membuat keputusan atau arahan tertentu kepada pihak yang berkenaan bagi memastikan setiap penemuan audit dalam dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.
  3. Memberikan cadangan penambahbaikan kepada pihak yang berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus, kawalan dalaman dan pengurusan risiko PTJ yang diaudit.
Translate »