FUN WALK DAN PEMBELAJARAN FIRST AID & LIFE SUPPORT

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah merancang dan berjaya menjalankan aktiviti ‘Fun Walk’ di KL Forest Eco Park, Bukit Nenas pada 19 September 2019 yang disertai oleh warga UAD.

Pada sebelah petang, warga UAD telah mendapat peluang mempelajari ‘First Aid & Life Support’ (FALS) bertempat di Jabatan Kecemasan, HCTM yang telah disampaikan oleh pegawai dari Unit Latihan Jabatan Kecemasan.

JKKP berharap, warga UAD mahupun wakil diberi peluang untuk mempelajari lebih mendalam dan terperinci kursus FALS berikutan kepentingan mempelajari asas-asas perawatan awal sebelum bantuan ambulan/paramedik tiba.