HIKING DENAI PUSAT PENYELIDIKAN BUKIT FRASER

 

 

 

 

 

 

 

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), UAD telah berjaya menjalankan aktiviti hikingdi Denai Pusat Penyelidikan Bukit Fraser pada 29 Februari 2020 (Sabtu). Aktiviti ini disertai oleh warga UAD dan beberapa orang ahlikeluarga UAD.

Aktiviti ini telah mengambil masa selama hampir 5 jam dengan menyusuri dua (2) denai bermula dari Pusat Penyelidikan Bukit Fraser sehingga ke Puncak Jeriau dengan ketinggian 1,250 meter dari aras laut. Seterusnya perjalanan diteruskan dengan menyusuri denai dari Pusat PenyelidikanBukit Fraser sehingga ke Air Terjun Jeriau.

Aktiviti ini diadakan bagi tujuan meningkatkan stamina, ketahanan fizikal dan mental untuk mengharungi segala cabaran; mendedahkan kepada kakitangan UAD tentang keindahan alam sekitar; serta memberi ketenangan dan menghilangkan tekanan kerja. Aktiviti ini juga telah dibantu oleh En. Mohd Afiq Aizat Bin Juhari (Pegawai Penyelidik PPBF selaku Tour guide).

Unit Audit Dalam berasa bangga kerana dapat menjalankan aktiviti hiking ini dengan jayanya dan berharap aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu meningkatkan semangat untuk bekerja di samping dapat mengeratkan ukhwah sesama warga UAD.