JAMUAN RAYA UNIT AUDIT DALAM 2019.

Pada 27 Jun 2019 (Khamis) Unit Audit Dalam telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2019 bertempat di Pejabat Unit Audit Dalam. Sambutan Aildilfitri kali ini melibatkan warga UAD dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan daripada Institut Kajian Etnik (KITA), Kakitangan Kolej Keris Mas dan Kakitangan Khazanah UKM. 

Majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan ukhwah sesama  warga UAD dengan kakitangan daripada pejabat-pejabat yang berada di Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis sambutan Aidilfitri tahun ini kepada semua warga UAD dan Jawatankuasa Tabung Kebajikan Unit Audit (TAKUAD) selaku urusetia penganjuran majlis.