Peer Review – Quality Assurance Programme (Qap) Fasa 2

20150408_103503
Unit Audit Dalam UKM telah menghadiri sesi Penilaian Peer Review Quality Assurance Programme (QAP) Fasa 2 pada 06 hingga 08 April 2015 bertempat di Cathayana Hotel Kuantan. Penilaian Peer Review ini melihat kepada empat aspek iaitu governance, staff, management dan process. Sesi penilaian ini telah melibatkan Unit Audit Dalam daripada 7 buah Universiti Awam. Peer Review – QAP Fasa 2 ini bertujuan untuk menilai sejauh mana Unit Audit Dalam, UKM telah mematuhi Standards yang terkandung dalam International Professional Practices Framework (IPPF).

Seramai 7 orang kakitangan daripada Unit Audit telah menghadiri sesi penilaian tersebut terdiri daripada Ketua Audit Dalam iaitu En. Ishak Md. Saboo, 2 orang Juruaudit Dalam Kanan iaitu En. Jamali Shamsuddin dan En. Azman Mohd. Nor, Penolong Juruaudit Kanan iaitu Pn. Umei Kalsom Md. Isa serta Penolong Juruaudit iaitu Pn. Nurul Kartini Ibrahim, En. Abdul Muiz Mohd Yusoff dan Pn. Nor Azean Azmi.

Hasil daripada penilaian yang dilaksanakan, terdapat ruang untuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh UAD UKM khususnya yang melibatkan proses pengauditan. Sehubungan dengan itu, UAD UKM melalui Jawatankuasa QAR UAD akan meneliti hasil penilaian tersebut dan akan merancang bentuk penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pihak UAD UKM merakamkan penghargaan kepada penilai luar yang terdiri daripada Puan Naaimah bt Ahmad Radzi (Lead Assessor – UIAM), Puan Zuraifah bt Mamat (Assessor – UMT) dan Cik Noor Liana bt Mansor (Assessor – UMK) yang telah mengaudit pihak kami dan memberi cadangan penambahbaikan teknik pengauditan yang lebih baik pada masa akan datang.