Perkongsiaan Ilmu Zon Tengah

DSC_0131Mesyurat Bersama Ketua Unit Audit Dalam Universiti Awam telah bersetuju supaya dilaksanakan sesi perkongsian ilmu mengikut zon lokasi universiti. UKM bersama-sama dengan enam universiti lain iaitu UPSI, UiTM, UM, UIA, UPNM dan UPM diletakkan dalam zon tengah.

Sesi perkongsian ilmu yang pertama oleh zon tengah telah diadakan pada 15 April 2015 bertempat di Pusat Permata Pintar Negara UKM yang dikelolakan oleh UAD UKM. Tajuk sesi perkongsian ilmu adalah pengauditan IT. Objektif perkongsian ini ialah untuk berkongsi pengalaman mengaudit sistem maklumat (IT) kepada juruaudit-juruaudit daripada Universiti Awam yang lain.

Sesi perkongsian ini telah melibatkan 30 orang peserta yang terdiri daripada 18 orang kakitangan Unit Audit Dalam UKM dan 12 orang juruaudit daripada 6 buah Universiti Awam iaitu UiTM, UPM, UPNM, UM, UTEM, UMP dan UKM Holdings. Sesi perkongsian ini turut memberi peluang kepada juruaudit daripada Universiti Awam yang lain untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam pengauditan IT yang telah dijalankan di organisasi masing-masing.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Kamsuriah Ahmad, Prof. Madya Dr Rozilawati Razali, Prof. Madya Dr. Dalbir Singh a/l Valbir Singh dan Dr. Ibrahim Mohamed. Diharapkan sesi perkongsian ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua juruaudit yang hadir dalam melaksanakan pengauditan IT pada masa akan datang. Pihak audit merakamkan penghargaan yang tinggi kepada pensyarah daripada Fakulti Teknologi & Sains Maklumat UKM yang telah berkongsi ilmu tentangĀ  pengauditan IT yang mana pengauditan tersebut telah dilaksanakan di Pusat Perubatan UKM.