Sesi Perkongsian Pengetahuan Berkaitan Quality Assurance Review (QAR) Bersama Jabatan Audit Dalam, Malaysia Airline System Berhad (MAS)

Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan satu sesi perkongsian pengetahuan berkaitan Quality Assurance Review (QAR) bersama Jabatan Audit Dalam, Malaysia Airline System Berhad (MAS) pada 24 April 2014 (Khamis). Seramai 8 orang kakitangan yang terlibat  dalam lawatan ini  terdiri daripada Ketua Audit Dalam, pegawai-pegawai dan ahli Jawatankuasa QAR Unit Audit Dalam,  UKM.

Jabatan Audit Dalam MAS dipilih untuk sesi perkongsian pengetahuan berkaitan QAR berikutan jabatan berkenaan telah berjaya mendapat pengiktirafan QAR daripada The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM). Objektif utama sesi perkongsian pengetahuan berkaitan QAR ini diadakan adalah bagi mempelajari perancangan dan pelaksanaan program QAR di Jabatan Audit Dalam MAS sehingga berjaya memperolehi pengiktirafan QAR daripada pihak IIAM.

Disamping itu, ses iperkongsian bersama ini juga membolehkan kakitangan meluaskan rangkaian jaringan dan mengeratkan hubungan antara UAD UKM dengan Jabatan Audit DalamMAS di samping berkongsi pendapat dan pengalaman berkaitan bidang tugas masing-masing. Diharapkan pengetahuan yang diperolehi daripada sesi perkongsian pengetahuan QAR ini akan dimanfaatkan dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan QAR daripada IIAM yang dijangkakan pada tahun 2015 yang seterusnya mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan mutu perkhidmatan audit di UKM.