Tazkirah Ramadhan

Kelab Kebajikan Unit Audit Dalam UKM telah menganjurkan sesi tazkirah sempena menyambut awal  Ramadhan. Tazkirah yang telah diadakan pada 10 Jun 2015 (Rabu) di Bilik Mesyuarat UAD ini telah disampaikan oleh Ustaz Abu Dardaa Bin Mohamad (Pensyarah), Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM. Diharapkan tazkirah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu pengisian rohani  dan menambahkan ilmu pengetahuan untuk semua kakitangan UAD. Penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UAD atas kerjasama yang diberikan sehingga majlis dapat dijalankan dengan lancar.