PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

 Centre for Academic Management

Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) Semester 1 2023/2024

Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) Semester 1 2023/2024

Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) Semester 1 2023/2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka tawaran permohonan Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) untuk Semester 1 2023/2024 kepada pelajar Sarjana (mod penyelidikan) dan Doktor Falsafah yang mendaftar secara sepenuh masa. Tawaran permohonan ini mula dibuka pada 11 Ogos 2023 sehingga 15 September 2023.

Untuk maklumat tambahan, Garis Panduan Skim Zamalah Penyelidikan Semester 1 2023/2024, bantuan pembiayaan adalah sehingga semester ke-3 pengajian.

Bersama-sama ini disampaikan beberapa dokumen untuk makluman dan rujukan seperti berikut:

  1. Garis Panduan Skim Zamalah Penyelidikan – Lampiran A
  2. Jadual Kerja Skim Zamalah Penyelidikan – Lampiran B
  3. Borang Permohonan Baharu – Lampiran C

Borang yang telah lengkap diisi dan telah mendapat pengesahan Penyelia perlu dihantar sebelum atau pada 15 September 2023 sebelum pukul 5.00 petang melalui google form https://bit.ly/ZMLHSEM1_20232024

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di alamat emel awardsandscholarship@ukm.edu.my dengan menamakan tajuk emel “Pertanyaan mengenai Skim Zamalah Penyelidikan”.