Sekapur Sireh

 

As-salamualaikum wbt.

Untuk  kedua kalinya dalam tahun ini kita terpaksa menghadapi PKPB setelah wabak Covid-19 ini kembali merebak dan mencatatkan angka yg amat membimbangkan kerana sejak 2 hari lepas jumlah kes baru telah melebihi 600. Sedangkan semasa wabak ini mula-mula menyerang Malaysia jumlah kes baru yang tertinggi yang pernah dicatatkan hanya sekitar 100 kes baru sahaja. Oleh yang demikian apa kaitan pandemik ini dengan kita di Unit Audit Dalam UKM? Penularan wabak ini pada gelombang pertama dahulu telah menyebabkan
1. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.2/2020 tidak dapat dilaksanakan.
2. Sebanyak 3 tajuk Audit Tahunan terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan. 
3. Kursus Coso & MPSAS terpaksa ditangguhkan.
4. Perancangan MyPortfolia terpaksa ditangguhkan
5. Aktiviti Jawatankuasa Kecil Kualiti juga terpaksa dibatalkan.

Bagi wabak gelombang kedua ini tiada siapa dapat menjangkakan bilakah ia dapat ditamatkan kerana trend kes baru tidak menunjukkan ianya dapat dikurangkan dalam tempoh yang terdekat. Oleh yg demikian kita perlu mengambil langkah proaktif supaya tajuk audit yang sedang berjalan dapat diselesaikan seperti mana yang dirancang. 

Dalam JK Audit juga terdapat perkembangan baru di mana Ahli Jawatankuasa yang lama iaitu YBhg. Dato Hanif telah tamat tempoh kerana tempoh keahlian beliau dalam Lembaga Pengarah UKM telah tamat pada 30hb September 2020. Kekosongan itu telah diganti dengan 2 ahli yg baru iaitu  YBhg. Dato Sri Amrin Awaluddin dan YBhg. Datuk Ahmad Shalimin. Pada Mesyuarat Jawatankuasa Audit yang lepas pada 8hb Oktober 2020, Dato Ahmad Shalimin tidak dapat hadir kerana menjalani tempoh kuarantin Covid-19. Walaupun baru pertama kali hadir MJA UKM, Dato Sri Amrin telah memberi beberapa input & cadangan  penambahbaikkan kepada UAD. 

Cabaran lain kepada UAD dalam tempoh sukuan keempat tahun ini ialah menyediakan Plan Audit Tahunan 2021. Selain daripada memastikan tajuk-tajuk audit selari dengan hala tuju dan perancangan strategik UKM, risikorisiko baru seperti Pandemik Covid-19 dan yang lain-lain perlu diambil kira supaya Plan Audit Tahunan 2021 yang bakal dibentang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain daripada itu perancangan & kekuatan sumber manusia UAD juga akan dilihat semula selaras dengan perkembangan UKM dan semasa. Sasaran akan ditumpukan kepada beban tugas dan skop audit di Kampus KL kerana pada tahun hadapan Hospital Pakar Kanak-kanak akan mula beroperasi dgn kekuatan lebih 200 katil.

Kepada semua kakitangan UAD, saya akan memfokuskan kepada peningkatan kompetensi terutamanya berkaitan pengauditan. Hasil auditan yg dilakukan sepatutnya dapat memberi impak yg lebih padu berkaitan cadangan & rundingan yg diberikan kepada auditi. Selain kerja, kesihatan diri dan keluarga tidak patut diketepikan. Ini kerana kecemerlangan dalam kerja akan bermula dari kecemerlangan dirumah.

Sehingga kita bakal memasuki tahun 2021, teruskan amalan 4U : mahu, tahu, tumpu & mampu serta setiasa berdoa agar diberikan kemudahan, kesejahteraan, kesenangan dan sentiasa memaafkan. Inn sya Allah usaha kita akan diberkati Allah..amin.

Sekian, terima kasih

Ishak Md Saboo
Ketua Audit Dalam
Universiti Kebangsaan Malaysia