SYARAT KEMASUKAN SARJANA MUDA PENGIMEJAN DIAGNOSTIK DAN RADIOTERAPI DENGAN KEPUJIAN
SYARAT KEMASUKAN
Syarat Khusus Program
Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM/A-Level
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM / A Level / Matrikulasi KPM /Asasi
dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM / A Level / Matrikulasi KPM / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
- Biologi
- Fizik / Kimia
- Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)
dan
- Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran
berikut:- Biologi
- Fizik
- Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)
dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 5 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;
dan
- Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.
Calon Lepasan Diploma Setaraf
- Mempunyai kelulusan Diploma Pengimejan Diagnostik/ Radiografi/ Pengimejan Perubatan/ Radioterapi yang setara daripada Kolej Sains Kesihatan Bersekutu KKM atau kolej lain yang diiktiraf oleh Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50;
atau
- Memiliki Diploma Sains / Sains Kesihatan / Diploma yang setara yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia atau Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;
dan
- Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari semester satu (1) hingga semester akhir;
dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 7 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 5 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;
dan
- Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.
Calon Lepasan STPM /Matrikulasi KPM/Asasi (BUKAN TAHUN SEMASA)/ASASI AMBILAN KOMERSIAL
UNIVERSITI AWAM
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.67 pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM / Asasi / Asasi Ambilan Komersial Universiti Awam;
dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM / Asasi / Asasi Ambilan Komersial Universiti Awam dalam mata pelajaran berikut:
- Biologi
- Fizik / Kimia
- Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)
dan
- Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik
dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;
dan
- Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.
Calon Diploma International Baccalaureate (IB)
- Mendapat skor minimum 30 dalam International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya skor 5 pada peringkat High Level (HL) untuk mata pelajaran berikut:
- Biologi
- Fizik
- Matematik (HL)
dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 5 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU skor 4 dalam English A (IB)/ skor 5 dalam English B (IB) ATAU setara dengannya;
dan
- Lulus ujian/temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti
- Mendapat skor minimum 30 dalam International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya skor 5 pada peringkat High Level (HL) untuk mata pelajaran berikut: