Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

Aktiviti SDG

Program Khidmat Masyarakat Klinik Optometri Bergerak@ SMK Dato Mohd Said, Nilai

08 Januari 2023

Komuniti - SMK Dato Mohd Said, Nilai

Pemeriksaan mata percuma kepada komuniti SMK Dato Mohd Said dan seramai 200 pelajar telah diberikan intervensi selanjutnya.

 

Bengkel Kalibrasi & Pemeriksaan Alat Pengukuran 2023

22 & 23 Mac 2023

Malaysian Association of Clinical Biochemists

Program pengendalian kalibrasi dan pemeriksaan alat pengukuran makmal yang disertai oleh kakitangan makmal daripada KKM dan juga PTj UKM lain.

https://www.macb.org.my/etn/calibration-workshop/

Karnival Fit & Fun 2023

27 Jan 2023

SMK Puteri Wilayah, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KL

Menjalankan program pendidikan pemakanan kepada murid obes dan memantau perubahan berat badan dan ukurlilit pinggang mereka.

Khidmat Siswa Komuniti - Tasik Chini

28-29/01/2023

Komuniti Orang Asli - Kg Gumum, Tasik Chini, Pahang

Menjalankan Program Pendidikan Kesedaran Kanser & Pemeriksaan Mata kepada komuniti setempat

Pelancaran Buku Panduan Perkembangan Bahasa dan Pertuturan Kanak-kanak

27 Jan 2023

Harmony Five Sdn. Bhd dan 20 dB Hearing

Penghasilan Buku PanduanPerkembangan Bahasa dan Pertuturan Kanak-kanak.

https://www.ukm.my/beritaukm/fsk-lancar-buku-panduan-terapi-pertuturan-bahasa-kanak-kanak/

 

Program Pembangunan Sosio Ekonomi Pos Lenjang, Lipis, Pahang.

15 Julai 2022 hingga 14 Julai 2024

TNBes, Tenaga Nasional Berhad (TNB), JAKOA, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Pahang. 14 buah Kampung di Pos Lenjang

Program ini memberi manfaat kepada 4300 orang penduduk di 14 buah Kampung di Pos Lenjang dari segi peningkatan ekonomi dalam 5 teras sosio ekonomi yang merangkumi pelancongan, pertanian, perikanan, kraftangan, dan kesihatan.

 

Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Sosio Ekonomi, Mikro Hidro Elektrik Di Pos Gob, Gua Musang, Kelantan

7 Jun 2022 hingga 31 Julai 2023

TNBes, Tenaga Nasional Berhad (TNB), JAKOA, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Pahang. 14 buah Kampung di Pos Lenjang

Kajian adalah untuk menyokong kebolaksanaan pembinaan Mini Hidro di Pos Gob. Kajian ini memfokuskan pembangunan sosio ekonomi yang meliputi Pertanian, Pendidikan, Pelancongan dan Industri Desa.

Kajian keberkesanan mainan papan terhadap pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, Sek Keb Jalan 6, Sek 16, BBB, Selangor

12 Feb 2023 30 Mei 2023

Sekolah Keb Jalan 6, Bandar Baru Bangi, Selangor

Mempromosi amalan makan sayur-sayuran, bercucuk tanam dan mengitar semula bahan terpakai dalam kalangan murid-murid sekolah Keb Jalan 6, Bandar Baru Bangi.

https://dewankosmik.jendeladbp.my/2023/03/22/6395/

Kajian di kalangan petani dari kawasan tanah rancangan FELDA sekitar Selangor dan Jabatan Pertanian Kuala Selangor

April – June 2023

FELDA sekitar Selangor dan Jabatan Pertanian Selangor

Kajian dijalankan bagi menilai pengetahuan and sikap para petani terhadap penyakit kuman dari tanah, serta kami memberi kesedaran kepada para petani untuk memakai PPE yang berpatutkan untuk mengelakan daripada dijangkiti kuman