Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

Prasiswazah di FSK

Program prasiswazah menyediakan pendidikan dalam bidang Sains Kesihatan yang berkualiti dan terkini melalui penerapan hasil penyelidikan untuk menghasilkan profesional kesihatan yang beretika dan kompeten untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Fakulti kami beriltizam untuk melahirkan graduan Sains Kesihatan yang berpengetahuan yang terkini dan menyeluruh dalam disiplinnya, berfikiran kritis dan analitikal serta mampu menjalankan penyelidikan.

Kami juga menggalakkan kepimpinan di kalangan pelajar, membolehkan mereka berkongsi pengetahuan, kerja berpasukan, mengurus, mentadbir, memimpin serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan dalam bidang Sains Kesihatan berkeyakinan serta berdaya saing di peringkat global.