Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

SIHAT @ UKM

Pusat Perkhidmatan Rehabilitasi dan Kesihatan

"Perkhidmatan Klinikal Holistik di bawah Satu Bumbung"

Sihat@ UKM merupakan perkhidmatan klinik bersepadu terletak di Fakulti Sains Kesihatan, Jalan Raja Muda Abdul Aziz Kuala Lumpur dan Jalan Temerloh, Kuala Lumpur. Pelanggan boleh ke klinik tertentu mengikut perkhidmatan yang  diperlukan, atau ke kaunter khas SIHAT@UKM untuk mendapatkan khidmat nasihat melalui melalui brosur, bunting dan poster yang telah disediakan. 

SIHAT@PAKAR FSK

Menawarkan perkhidmatan penilaian masalah kesihatan oleh pakar berkelayakan. Selain itu klinik ini juga mendapatkan rawatan dan terapi oleh pakar yang berpengalaman. Daftar sekarang dengan menghubungi untuk mulakan temujanji anda.

Klinik Audiologi

Terletak di kompleks Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur. Menawarkan perkhidmatan  saringan, penilaian, rawatan dan konsultasi pesakit yang mempunyai masalah pendengaran, keseimbangan, tinnitus dan kecelaruan pemprosesan auditori untuk pelbagai peringkat umur, iaitu daripada bayi hingga warga emas.

Klinik Terapi Pertuturan

Terletak di kompleks Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur. Menyediakan perkhidmatan
kepada individu yang mempunyai masalah berkaitan kecelaruan komunikasi, bahasa,
pertuturan, suara atau penelanan melalui penilaian, diagnosa dan intevensi/rawatan
yang besesuaian.

Klinik Optometri

Klinik Optometri UKM menawarkan pemeriksaan mata komprehensif dan jualan alat bantu penglihatan pada harga yang berpatutan tetapi perkhidmatan yang setanding dengan perkhidmatan yang di tawarkan di hospital awam dan swasta.

Klinik Psikologi Kesihatan

Klinik Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan (KPK-FSK) menyediakan perkhidmatan psikologi yang merangkumi aspek psikologi klinikal dan psikologi kesihatan termasuk penilaian psikologi dan intervensi psikologi. KPK-FSK telah menjadi salah satu pusat rujukan yang terkenal di peringkat kebangsaan untuk perkhidmatan psikologi klinikal/kesihatan.

Klinik Terapi Carakerja

Klinik Terapi Carakerja memfokuskan pemulihan individu yang mengalami masalah dari segi fizikal atau mental, ketidakupayaan atau kecacatan samada bersifat sementara atau kekal. Objektif rawatan adalah membantu pelanggan mencapai tahap kefungsian optimum dan mampu berdikari ke tahap yang maksimum.

Klinik FISIOTERAPI

Klinik Fisioterapi turut menawarkan perkhidmatan saringan dan promosi kesihatan di klinik dan komuniti, disamping menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan terhadap bidang tertentu, khususnya Fisioterapi. Pelanggan kami  terdiri daripada individu perseorangan dan daripada kumpulan sasaran khusus, yang dirujuk dari pelbagai disiplin samada dari hospital dan klinik kerajaan serta swasta.

Meet your dietitian (Klinik Dietetik)

Menawarkan perkhidmatan dietetik (penilaian dan intervensi) kepada pesakit di pelbagai peringkat umur yang menghidapi pelbagai penyaklit seperti diabetis mellitusm hipertensi, dyslipidemia, penyakit buah pinggang, penyakit jantung, kanser, kawalan berat badan dan penyakit yang memerlukan sokongan pemakanan.

Klinik Pemeriksaan Kesihatan Kanser

Klinik Pemeriksaan Kesihatan Kanser FSK terletak di UKM Kampus Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur. Klinik ini menawarkan pemeriksaan radiologi bagi saringan kesihatan dan mendiagnosis pesakit.

Perkhidmatan Makmal Diagnostik

Hubungi kami untuk maklumat lanjut

129-1293919_small-phone-icon-blue-clipart
+603-9289 7163/7162