Siswazah
PENGENALAN
Fakulti Sains Kesihatan menawarkan bidang pengajian dan penyelidikan yang seimbang kepada pelajar siswazah yang berhasrat mengikuti pembelajaran pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.
Sebagai peneraju utama pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi dalam bidang Sains Kesihatan, fakulti menawarkan pakej pengajian pascasiswazah yang komprehensif melalui 22 program sarjana dan doktor falsafah.
Kembangkan kerjaya anda di peringkat seterusnya dengan mengikuti program siswazah yang ditawarkan. Kami mempunyai semua yang anda perlukan untuk terus maju dalam kerjaya khususnya dalam bidang Sains Kesihatan. Semua kursus siswazah yang dibangunkan adalah untuk memenuhi keperluan industri dan badan profesional. FSK mempunyai hubungan yang erat dengan pihak industri, badan kerajaan dan juga pelbagai institusi yang berkaitan.
Program yang dibangunkan ini juga diketuai dan disampaikan oleh kakitangan akademik yang pakar dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pelajar juga berpeluang untuk bekerjasama dengan penyelidik tersohor FSK. FSK juga menggalakkan penyelidikan multidisiplin serta mempunyai potensi inovatif yang diiktiraf di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
Matlamat dan objektif pengajian siswazah di Fakulti Sains Kesihatan adalah seperti berikut:
- Menghasilkan bakal pemimpin dan penyelidik untuk negara
- Menggalakkan budaya penyelidikan dalam bidang Sains Kesihatan
- Membangun kemampuan untuk melakukan penyelidikan secara berdikari
- Menghasilkan pakar bidang berwibawa dalam pelbagai profesyen Sains Kesihatan
- Menerapkan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat
Pautan Pantas
Pautan Pantas
Pejabat Timbalan Dekan Siswazah
Fakulti Sains Kesihatan, UKM
Temui Pilihan Program Siswazah Terbaik