Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

SARJANAMUDA SAINS PERTUTURAN DENGAN KEPUJIAN

PENGENALAN

Program pengajian ini dijalankan dalam masa empat (4) tahun pengajian. Pelajar diajar beberapa subjek asas yang berkaitan pendengaran dan pertuturan semasa di Tahun 1 sementara tahun-tahun berikutnya subjek-subjek khusus program akan diajar. Kursus ini juga dilengkapi dengan latihan klinikal intensif bermula dari Semester 1 Tahun 2 sehingga tahun akhir pengajian.

OBJEKTIF

Dengan adunan teori dan praktikal, program ini bertujuan untuk menghasilkan para graduan dalam bidang Sains Pertuturan yang kompeten untuk menangani masalah komunikasi yang dialami seseorang pesakit. Ini termasuk masalah suara, gagap, menelan, perkembangan bahasa dan pertuturan yang lambat dan lain-lain lagi.Para graduan juga diharapkan mempunyai etika profesionalisme yang tinggi dan berwawasan serta diharapkan mampu menjalankan penyelidikan asas yang berkualiti demi kemajuan bidang Patologi Pertuturan dan Bahasa di Malaysia.

PAUTAN PENTING

BROSUR PROGRAM

BUKU PANDUAN PRASISWAZAH

SYARAT KEMASUKAN

AHLI AKADEMIK PROGRAM

KAKITANGAN PENGURUSAN & SOKONGAN