Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Leader in Health Sciences

Activities with alumni

Bicara Alumni FSK 2019

2 November 2019 – Puan Hajah Che Ruhani Che Ja’afar


25 Februari 2019 

Program Bicara Alumni FSK kali ke-2 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Februari 2019 di Dewan Kuliah 1, UKM Kampus Kuala Lumpur. Bicara Alumni telah disampaikan oleh En. Lee Wei Qing, iaitu alumni tersohor program Terapi Carakerja (tahun 2009). Beliau merupakan pengasas dan pengarah Pusat Rehabilitasi WELL yang kini telah mempunyai sehingga 10 cawangan di Malaysia. Perkongsian daripada beliau ternyata menyuntik semangat dan memberikan inspirasi kepada para hadirin, khususnya kepada para pelajar FSK. Program dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Asmah Hamid, Penolong Dekan Siswa & Alumni FSK dan telah disertai oleh 1003 pelajar dan juga kakitangan.


18 Disember 2019

Perkongsian kejayaan bersama alumni FSK

Fakulti Sains Kesihatan, di bawah Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) sekali lagi berjaya menganjurkan Program Bicara Alumni untuk kali ketiga. Cik Farahana Mohamed, penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) bagi sesi akademik 2018/2019) dan Puan Zatur Hassim (Specialized Nutrition Director Friesland Campina WAMCO Nigeria PLC.) merupakan alumni yang dijemput pada program kali ini. Kedua-dua alumni hebat ini merupakan alumni daripada Program Sains Bioperubatan.

 


Bicara Alumni FSK 2020

13 Februari 2020

Dua alumni hebat FSK iaitu Tn Hj Ridzoni Bin Sulaiman, Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian, HKL dan Puan Siti Shafurah Abas, Pengasas Butik Tateh telah sudi datang dan berkongsi pengalaman serta tips untuk menjadi seorang yang cemerlang. Kedua-dua alumni ini merupakan alumni hebat Program Dietetik.

Bicara Alumni Fakulti Sains Kesihatan Siri 5

24 November 2020
Bahagian Hal-Ehwal Pelajar & Alumni telah berjaya menganjurkan Program Bicara Alumni Siri ke-5 yang pertama kalinya dianjurkan secara dalam talian. Alumni HEBAT kali ini ialah En. Mok Yong Yaw Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 20dB Hearing. Beliau merupakan alumni tersohor Program Audiologi. Terima kasih diucapkan kepada alumni tersohor ini atas perkongsian yang amat berguna kepada semua yang mengikuti sesi webinar ini.