Jaringan Startegik SDG @ FSK
UKM-UoC
Sesi Perkongsian Program Pascasiswazah dan Sijil Profesional FSK UKM di UoC
14 April 2026
Perkongsian peluang melanjutkan pengajian di FSK di peringkat pascasiswazah dan sijil profesional kepada pelajar serta pensyarah institusi tersebut.
UKM-UTP
Lawatan Kerjasama Penyelidikan
21 Januari 2025
Memperluas projek penyelidikan bersama, pertukaran kepakaran, dan penerbitan akademik. Objektif pelaksanaannya adalah memperkukuh kolaborasi penyelidikan antara institusi bagi memajukan inovasi dalam sains kesihatan.
UKM-Pusat Pakar mata vista,
Lawatan Program Optometri & Sains Penglihatan UKM ke Pusat Pakar Mata VISTA
20 Februari 2025
Platform latihan klinikal secara langsung dan perkongsian kepakaran oftalmik bagi para pelajar. Objektif pelaksanaannya adalah untuk memperkukuh kolaborasi akademia-industri dalam sesi latihan klinikal, pembangunan profesional, dan perkhidmatan penjagaan mata kepada masyarakat.
UKM-Chiang Mai University
Mobiliti Akademik Program Fisioterapi FSK UKM
Program mobilliti yang memberi peluang mobiliti kepada pelajar, kakitangan dan penandaarasan kurikulum. Selain itu meningkatkan standard latihan klinikal dan amalan rehabilitasi berasaskan bukti dan menyokong integrasi serantau dalam pendidikan kesihatan serta memperkukuh jaringan akademik ASEAN bagi jangka panjang.
UKM-UPSI
Kerjasama penyelidikan pembangunan sukan para
Program mobilliti yang memberi peluang mobiliti kepada pelajar, kakitangan dan penandaarasan kurikulum. Selain itu meningkatkan standard latihan klinikal dan amalan rehabilitasi berasaskan bukti dan menyokong integrasi serantau dalam pendidikan kesihatan serta memperkukuh jaringan akademik ASEAN bagi jangka panjang.
UKM-Metropolia University of Applied Sciences, finland
Kerjasama penyelidikan pembangunan sukan para
Lawatan akademik yang memupuk pembelajaran silang budaya dan pertukaran profesional dalam bidang penjagaan mata. Melalui lawatan ini, para peserta didedahkan kepada fasiliti latihan klinikal, program penjagaan mata komuniti, dan inisiatif penyelidikan optometri di UKM. Inisiatif ini tidak hanya memberi perbandingan terhadap sistem pendidikan dan protokol klinikal antarabangsa, malah memperkukuh jaringan akademik serta membuka peluang kolaborasi penyelidikan demi meningkatkan kompetensi global dalam kalangan pelajar.
UKM-Mahidol University
Kerjasama penyelidikan pembangunan sukan para
Kerjasama strategik yang memberi tumpuan kepada penyelidikan malaria zoonotik menerusi kajian bersama, perkongsian data, dan penyelidikan lapangan. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh sistem pengawasan, diagnostik, dan pencegahan rentas sempadan di Asia Tenggara, di samping memperkasakan latihan penyelidikan untuk generasi penyelidik muda demi menyokong keselamatan kesihatan serantau.
Media Sosial (Facebook FSK)
https://www.facebook.com/share/p/1EWmTwZdXQ/
UKM-University of Philipines
Lawatan perkukuh hubungan institusi
Memformalkan kerjasama strategik yang merangkumi projek penyelidikan bersama, mobiliti staf dan pelajar, pemerkayaan kurikulum, serta pertukaran ilmu terutamanya dalam bidang sains kesihatan. Melalui mekanisme berstruktur seperti penyeliaan bersama dan geran penyelidikan, inisiatif ini memperkukuh daya saing serantau serta ekosistem inovasi dalam menangani cabaran kesihatan global.
UKM-UNIRAZAK
Lawatan perkukuh hubungan institusi
Lawatan ilmiah pelajar bagi mempromosikan perkongsian ilmu dan pendedahan akademik secara langsung. Melalui pendedahan kepada fasiliti penyelidikan dan program akademik UKM, inisiatif ini menggalakkan interaksi intelektual antara pelajar dan pensyarah, membuka peluang kerjasama masa hadapan, serta memperkukuh hubungan institusi dalam landskap pendidikan tinggi negara.
UKM-Politeknik Brunei
Eratkan hubungan institusi
Lawatan untuk meneroka kerjasama dalam bidang sains kesihatan. Program ini merangkumi perbincangan akademik, lawatan fasiliti, serta perkongsian ilmu yang berfokus kepada pembangunan kurikulum, kolaborasi penyelidikan, dan mobiliti pelajar, sekaligus memperkukuh jaringan serantau dalam pendidikan tinggi.
UKM-Universiti Bunkyo Gakuin
Perkukuh hubungan antarabangsa
Memperkukuh hubungan antarabangsa melalui pertukaran pelajar dan pensyarah, perkongsian amalan akademik serta aktiviti kebudayaan. Kerjasama ini membuka peluang penyelidikan bersama dan memperluas jaringan global dalam bidang pendidikan serta sains kesihatan.
HEARS UKM-Hospital Universiti Nasional
Perkukuh Kepakaran malaysia dalam bidang gangguan pemprosesan auditori
Lawatan yang memudahkan pertukaran pengetahuan tentang protokol penilaian, teknik pemulihan dan pendekatan pengurusan antara disiplin. Pendedahan kepada amalan terbaik antarabangsa meningkatkan kecekapan tempatan dan menyokong penambahbaikan perkhidmatan setelah kembali.
UKM-Youth Abroad Expedition #8
platform pembangunan dan pemerkasaan belia secara holistik
Program yang menghimpunkan 25 belia Indonesia bagi memperkasakan kepimpinan, pertukaran budaya, dan amalan kelestarian kampus demi memupuk integrasi serta jaringan serantau ASEAN.