Aktiviti SDG@FSK 2025-2026
Pembangunan Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer
1 April 2024 – 31 Mac 2026
Kerjasama KKM, AMO, College of Optometrists dan IPT membangunkan garis panduan kebangsaan bagi menyeragamkan perkhidmatan penjagaan mata primer.
Jawatankuasa Kerja Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Bagi Profesion Optometris ditubuhkan untuk membangunkan garis panduan kebangsaan yang merangkumi penelitian teknikal, carta aliran klinikal, standard kemudahan minimum, serta protokol rujukan kesihatan mata. Inisiatif ini turut menumpukan kepada mekanisme credentialing and privileging, tadbir urus perkhidmatan optometri, dan pemerkasaan pendekatan shared-care.
Media Sosial (Facebook FSK)
Pembangunan Programme Standards: Medical and Health Sciences
22 & 23 Mac 2023
Pakar UKM menyertai jawatankuasa KKM dan MQA dalam mengemas kini kerangka standard program kesihatan bersekutu selaras dengan MQF 2024.
Programme Standards: Medical and Health Sciences (2025) merupakan kerangka rujukan kebangsaan bagi membimbing IPT di Malaysia dalam pembangunan dan pelaksanaan program perubatan serta sains kesihatan dari peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah. Diselaraskan dengan MQF 2024, Akta 774, dan keperluan akreditasi profesional, standard ini menetapkan keperluan minimum akademik, menyokong inovasi kurikulum berasaskan AI, serta merangkumi domain jaminan kualiti. Melalui inisiatif Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia dan KKM, pakar UKM dilantik menyumbang dalam bengkel teknikal bagi mengemas kini standard bagi 20 disiplin Kesihatan Bersekutu selaras dengan amalan profesional semasa.
Pautan:
https://drive.google.com/file/d/1a9_zwd0dIdt1i-f-6g4nJpvO185eG8bh/view?usp=sharing
ToT Workshop on Salt Reduction Strategy
3 Mac 2025
Universiti: FSK UKM, UPM, USM, UiTM, UMT, USIM; Kerajaan: Bahagian Kawalan Penyakit KKM, MARDI; Industri: Wakil daripada 15 syarikat industri makanan.
Program Training-of-Trainers (ToT) Workshop on Salt Reduction Strategy yang melibatkan 15 syarikat industri makanan telah dianjurkan pada 3 Mac 2025 bagi menyokong pelaksanaan strategi pengurangan garam kebangsaan melalui bimbingan teknikal reformulasi produk, pemantauan natrium, pelabelan nutrisi, dan kesedaran pengguna. Prof. Dr. Suzana Shahar (FSK, UKM) berperanan sebagai pakar akademik dan pemudah cara dalam memindahkan ilmu pemakanan kesihatan awam serta pengurangan risiko penyakit tidak berjangkit. Inisiatif ini memperkukuh kapasiti industri makanan dan membina platform kerjasama strategik antara akademia, industri, serta pihak berkuasa dalam menyokong agenda pemakanan sihat negara.
Pautan berita: https://dewankosmik.jendeladbp.my/2025/03/03/16828/
Projek Eco-Campus UKM Kuala Lumpur
12 Februari hingga 10 Oktober 2025
Warga Fakulti Sains Kesihatan & Fakulti Pergigian UKM,Bahagian Pertanian bandar di bawah Jabatan Pertanian, Komuniti sukarelawan staf dan pelajar, industri Dolcezza
Projek Eco-Campus UKM Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Prof. Dr. Zahara Abdul Manaf dijalankan secara bersiri dari 12 Februari hingga 10 Oktober 2025 untuk menggalakkan amalan pertanian bandar yang mampan, pemakanan sihat, dan gaya hidup lestari. Aktiviti merangkumi penyediaan tapak penanaman, penyelenggaraan kebun, demonstrasi pengkomposan serta penuaian hasil tanaman dan penyediaan minuman detoks. Program ini memperkukuh pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) dalam kalangan pelajar dan warga kampus untuk menjadi advokat kelestarian makanan serta menyokong pengeluaran makanan mampan.
Poster Hebahan Berkebun:
https://drive.google.com/drive/folders/1n1WPkST_DwV9F_BVdBpsC7GulA0Ifl2S?usp=sharing
Media Sosial (Instagram)
https://www.instagram.com/ecocampus_ukmkl?igsh=MWtrczM0cXFiYmdsYQ==
Berita 1:
Program-Eco-Campus-Tingkat-Kemahiran-Gaya-Hidup-Lestari
https://www.ukm.my/beritaukm/program-eco-campus-tingkat-kemahiran-gaya-hidup-lestari/
Berita 2:
UKM Menerajui Amalan Lestari melalui Projek Kebun Bandar
Kursus Penjagaan Kolam Ikan (Fishpond Management Course)
25 Ogos 2025
Pusat Aktiviti Warga Emas Port Dickson
Program latihan akuakultur lestari bersama PAWE Port Dickson dan Yayasan Hasanah memperkasa penuaan aktif serta keselamatan makanan warga emas.
Kursus Penjagaan Kolam Ikan Perkukuh Jaringan Sosial dan Ekonomi Warga Emas PAWE Port Dickson
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2025/08/25/19743/
Sambutan Hari Warga Emas 2025
2 November 2025
Kariah Masjid dan penduduk Zon 10
Program saringan kesihatan dan aktiviti komuniti bersama MBSA di Masjid Baitul Mahabbah memupuk amalan penuaan sihat.
UKM dan MBSA Menjayakan Sambutan Hari Warga Emas 2025
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2025/11/02/20810/
One-for-One Vision
20-21 Ogos 2025
Komuniti Pelajar-pelajar B40 dari beberapa sekolah rendah di Kuala Lumpur
Inisiatif pemberian cermin mata percuma kepada pelajar B40 melalui Klinik Optometri UKM membantu meningkatkan kesihatan visual kanak-kanak.
UKM Menyediakan Kaca Mata Percuma kepada Pelajar B40 https://dewankosmik.jendeladbp.my/2025/03/10/16739/
Camp Dream.Speak.Live Malaysia
19 September 2025
Komuniti: Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah gagap)
Program terapi pertuturan antarabangsa membantu kanak-kanak menangani masalah gagap dan meningkatkan keyakinan diri.
UKM Anjur Program Camp Dream. Speak. Live. Pertama di Malaysia dengan Kerjasama Antarabangsa
UKM Jayakan Program Terapi Kegagapan Pertama di Malaysia
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2025/09/19/20087/
Kerjasama Penyelidikan UKM-UTP
21 Januari 2025
Penyelidik UKM dan UTP
Kolaborasi penyelidikan sains kesihatan antara UKM dan UTP memperluas perkongsian kepakaran dan penerbitan akademik.
UKM dan UTP Memperkukuh Kerjasama Penyelidikan Dalam Sains Kesihatan
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2025/01/21/16196/
Fiesta Charity Food & Funfair KDSF 2025
25 Ogos 2025
Komunti: Kiwanis Down Syndrome Foundation (KDSF)
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelaksanaan saringan pendengaran bagi kanak-kanak, pemberian intervensi awal seperti alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan, dan sesi kaunseling dan pendidikan kepada ibu bapa mengenai penjagaan dan sokongan untuk kanak-kanak dengan masalah pendengaran.
UKM Sumbang Kepakaran Audiologi dalam Fiesta Charity Food & Funfair KDSF 2025
Hari Psikologi Jabatan Peguam Negara
1 November 2025
Jabatan Peguam Negara Malaysia
Klinik Fisioterapi UKM menyediakan semakan ergonomik postur dan konsultasi kesihatan bagi staf sektor awam.
Klinik Fisioterapi UKM Jayakan Sambutan Hari Psikologi Jabatan Peguam Negara Malaysia
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2025/11/01/20857/
Lawatan ke Pusat Pakar Mata VISTA
20 Februari 2025
Industri Pusat Pakar Mata VISTA
Lawatan klinikal pelajar optometri UKM memperkukuh kolaborasi akademia-industri dalam perkhidmatan penjagaan mata.
Program Optometri & Sains Penglihatan UKM ke Pusat Pakar Mata VISTA Jalin Kerjasama, Tingkatan Kesihatan Mata
Latihan Amali PERKESO
8-9 Oktober 2025
Pelajar Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri (KPKI), FSK UKM
Program latihan lapangan bersama PERKESO melengkapkan pelajar sains kesihatan dalam pengurusan hilang upaya pesakit.
UKM dan PERKESO Mantap Kerjasama Latih Pelajar dalam Pengurusan Hilang Upaya
MIHA Kesihatan Industri
15 Oktober 2025
Pelajar Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri (KPKI), FSK UKM & Malaysian Industrial Hygiene Association (MIHA)
Ceramah kesedaran oleh MIHA mendedahkan pelajar kepada pengenalpastian hazard dan keselamatan pekerjaan.
MIHA Memperkasakan Kesedaran Amalan Kesihatan Industri dalam Kalangan Generasi Baharu UKM
Program Apresiasi OKU DBP
8 November 2025
Individu OKU dan Dewan Bahasa dan Pustaka
Kerjasama FSK UKM dan DBP mengangkat karya serta suara insan istimewa bagi memupuk budaya inklusif dalam masyarakat.
Hayati Karya dan Suara Insan Instimewa dalam Program Apresiasi OKU DBP UKM
Mikroskop Elektron Bioperubatan
Disember 2025
Pelajar Tahun 4 Program sains Bioperubatan
Pendedahan teknologi mikroskop elektron kepada pelajar sains bioperubatan memperkukuh kompetensi kemahiran makmal lanjutan.
Pelajar Sains Bioperubatan UKM Didedahkan kepada Teknologi Mikroskop Elektron
Webinar Dietetik 2025 “Feeding Therapy – Paediatrics Feeding Disorder"
Ogos 2025
Pakar diet di institusi kesihatan awam dan sawsta, pelajar dietetik serta ahli professional Kesihatan
Webinar berkaitan gangguan pemakanan kanak-kanak menghimpunkan profesional kesihatan bagi membincangkan pendekatan intervensi terkini.
Webinar Dietetik 2025 Meneroka Kaedah Tangani Gangguan Pemakanan Kanak – Kanak
Seminar EMPOWER 2025
16 Oktober 2025
Pengusaha industri makanan
Seminar strategi pengurangan garam menghimpunkan pakar pelbagai sektor bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan pencegahan hipertensi.
Seminar EMPOWER 2025 Tekankan Strategi Pengurangan Garam untuk Gaya Hidup Sihat
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2025/10/16/20458/
Media Sosial (H-CARE, FSK)
Dementia Prevention Workshop
24 Mei 2025
Genting Dementia Care Center
Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Penuaan & Kesejahteraan Sihat (H-CARE), Fakulti Sains Kesihatan, UKM dengan kerjasama Universiti Wolverhampton, United Kingdom. Program ini memberi tumpuan kepada strategi pencegahan demensia dan kepentingan diagnosis tepat pada masanya untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas dan mengurangkan beban penjaga dan sistem penjagaan kesihatan. Ia berfungsi sebagai platform untuk penyelidik, pengamal penjagaan kesihatan dan pihak berkepentingan untuk bertukar pengetahuan, membincangkan cabaran diagnostik dan meneroka pendekatan kolaboratif untuk penjagaan demensia holistik
Siri Bengkel HEARS APDcSiri Bengkel HEARS APD
Ogos 2025
Ahli profesional kesihatan
Latihan klinikal berkaitan kecelaruan pemprosesan auditori memantapkan kecekapan ahli profesional kesihatan.
Bengkel APD Tingkat Kefahaman dan Kemahiran Ahli Profesional Kesihatan
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2025/08/01/19460/
Toward the Construction of Sustainable Design: An Analysis of the Present Situation and Issues) Workshop
Ogos 2025
Institusi pengajian tinggi Jepun
Bengkel ini diadakan untuk berbincang dan menghimpunkan idea baharu dalam menangani cabaran kelestarian. Kolaborasi ini menggalakkan inovasi dan penyelesaian pembangunan mampan melalui jaringan antarabangsa.
Rujukan
Pakar Malaysia-Jepun Himpun Idea Baharu tangani Cabaran Kelestarian
Program Jangkauan Komuniti CODTIS
28-29 Julai 2025
Adina Charity Circle Ash Shura Institute of Quranic Sciences (ASIQS)
Program yang memperkenalkan pelajar sekolah kepada bidang sains kesihatan melalui aktiviti interaktif, demonstrasi makmal dan sesi perkongsian kerjaya. Inisiatif ini bertujuan memupuk minat awal dan menyediakan hala tuju akademik yang jelas kepada generasi muda yang masih di alam persekolahan.
Berita: UKM Memperkenalkan Dunia Sains Kesihatan kepada Generasi Muda
Program Pemakanan SNACK
Ogos 2025
Pelajar Tabika KEMAS
Program Pemakanan SNACK oleh KPU Advokasi Gaya Hidup Sihat dan Kesejahteraan FSK UKM dengan kerjasama Tabika KEMAS Kuala Lumpur menangani isu kekurangan zat makanan kanak-kanak melalui penilaian pemakanan, pendidikan penjaga, dan intervensi diet berstruktur. Inisiatif ini menggabungkan kepakaran klinikal dan jangkauan komuniti bagi memastikan pemantauan pertumbuhan yang mampan, mencegah komplikasi kesihatan jangka panjang, serta menggalakkan trajektori pertumbuhan yang lebih sihat.
Berita:
Program Pemakanan SNACK Tangani Masalah Kurang Berat Badan Kanak-kanak
Program Intai Komuniti Sihat (IKS) 7.0
Jun 2025
Komunti: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang
Acara yang dianjurkan oleh Kelab Kesihatan Persekitaran, di bawah Program KPKI, FSK UKM ini melibatkan aktiviti interaktif dan ceramah pendidikan yang menekankan kepentingan keselamatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar. Ia membantu membentuk generasi muda yang lebih peka terhadap isu kelestarian dan keselamatan.
Berita: IKS 7.0 Menyemarakkan Kesedaran Alam Sekitar dan Kesihatan Pekerjaan dalam Kalangan Remaja
Seminar Teknik Kultur Sel-Gerbang kepada Penilaian Sitotoksik
Jun 2025
Penyelidik UKM
Seminar Teknik Kultur Sel oleh CORE FSK UKM melengkapkan penyelidik dengan kemahiran teknikal dan amalan makmal terbaik dalam teknik kultur sel serta penilaian sitotoksisiti. Inisiatif ini memperkukuh kualiti penyelidikan sains bioperubatan, toksikologi, dan pembangunan farmaseutikal bagi menyokong inovasi terapeutik yang mampan.
Berita: enyelidik UKM Memperkukuh Kemahiran Penilaian Sitotoksik melalui Seminar Teknik Kultur Sel
Simposium Dietetik Klinikal Antarabangsa Ke-4
9 – 10 September 2025
Pelajar-pelajar daripada Dietetik FSK UKM, Deakin University, Australia Universitas Gadja Mada, Indonesia University of Santo Thomas, Filipina dan Poltekkes Kemenkes Semarang, Indonesia
Menghimpunkan pakar tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan kemajuan pemakanan klinikal dan perancangan diet terapeutik. Bertemakan “Nutritional Support as the Cornerstone of Critical Care”, program ini mempertingkat standard amalan klinikal, menggalakkan kolaborasi penyelidikan global, serta mengukuhkan reputasi UKM sebagai peneraju serantau dalam pendidikan dietetik dan inovasi penjagaan kesihatan.
Berita: UKM Jayakan Simposium Dietetik Klinikal Antarabangsa Kali Keempat
Program Saringan dan Intervensi Kesihatan Mata kepada komuniti Luar Bandar di Semporna
April 2025
Komuniti Rumah Ngaji Anak-anak Asnaf Semporna Rumah Ngaji Pulau Kulapuan Komuniti Pulau Selakan
Inisiatif KOB-myMata melalui kolaborasi FSK dan KPU INTEGRA (FKAB) UKM menyediakan perkhidmatan saringan mata, penilaian penglihatan, dan oftalmik asas melalui Klinik Optometri Bergerak (KOB) kepada komuniti asnaf di Semporna. Program ini menangani isu akses kesihatan luar bandar melalui ujian ketajaman penglihatan, pengesanan ralat refraksi, dan pendidikan kesihatan mata, mencerminkan komitmen FSK UKM terhadap penyampaian kesihatan yang saksama dan tanggungjawab sosial.
Berita:
UKM Memperluas Akses Penjagaan Kesihatan Mata kepada Komuniti Asnaf Semporna
Seminar Acquired Communication Disorders: Research Updates
Jun 2025
Institusi-institusi penyelidikan berkaitan afasia
Sesi perkongsian dapatan kajian dan meneroka peluang kolaborasi dalam penyelidikan afasia. Perbincangan meliputi kemajuan terapi pertuturan-bahasa, teknik neurorehabilitasi dan model penjagaan berpusatkan pesakit. Integrasi perspektif klinikal, akademik dan penyelidikan memperkukuh amalan berasaskan bukti dalam pengurusan gangguan komunikasi. Jaringan merentas institusi ini meningkatkan kualiti penyelidikan, peluang pembiayaan dan inovasi strategi rehabilitasi, seterusnya menyokong peningkatan kualiti hidup individu dengan afasia.
Berita:Seminar Penyelidikan Afasia Himpun Para Penyelidik Merentas Institusi
Seminar Penjagaan Geriatrik
27 Ogos 2025
Ahli geriatrik, pakar diet, ahli terapi cara kerja, ahli terapi pertuturan, ahli psikiatri, ahli cara kerja, klinisian atau pakar kesihatan mental
Seminar Penjagaan Geriatrik bertemakan “Compassionate Care for Seniors: A Multidisciplinary Approach” yang dianjurkan oleh FSK UKM menghimpunkan 40 peserta dari pelbagai disiplin profesional kesihatan untuk meningkatkan ilmu dan amalan terbaik dalam penjagaan warga emas. Program ini menekankan strategi penjagaan bersepadu, pengurusan penyakit kronik, dan intervensi pelbagai disiplin bagi menyokong peningkatan kualiti hidup populasi warga emas serta memastikan penyampaian penjagaan kesihatan yang mampan.
Berita: Seminar Penjagaan Geriatrik UKM Perkukuh Kompetensi Klinisian dalam Penjagaan Warga Emas
Lawatan Profesional ke Hospital Universiti Nasional Mengukuhkan Kepakaran Malaysia dalam Gangguan Pemprosesan Auditori
Jun 2025
Kumpulan profesional Hears
Kumpulan Kepentingan Khusus Pemprosesan Auditori Pusat (SIG-APD) di bawah Pusat HEARS FSK UKM memperkukuh rangkaian akademik dan kerjasama penyelidikan melalui lawatan profesional ke hospital universiti antarabangsa bagi mendedahkan doktor serta penyelidik Malaysia kepada amalan lanjutan dalam diagnosis dan pengurusan gangguan pemprosesan auditori.
Berita:
Lawatan Profesional ke Hospital Universiti Nasional Mengukuhkan Kepakaran Malaysia dalam Gangguan Pemprosesan Auditori
Seminar “Optimizing Prostate Radiotherapy: Malaysia’s Next Chapter”
November 2025
Kumpulan jururadioterapi terapeutik
Seminar memberi tumpuan kepada peningkatan kepakaran klinikal jururadioterapi terapeutik melalui pendedahan kepada perancangan rawatan termaju, penargetan ketepatan, dan protokol keselamatan radiasi. Inisiatif ini menyokong pembangunan profesional berterusan untuk meminimumkan kesan sampingan rawatan, memaksimumkan keberkesanan terapeutik, serta meningkatkan kualiti perkhidmatan onkologi dan keselamatan pesakit di Malaysia.
Berita:Seminar Radioterapi Prostat Memperkukuh Kemahiran Klinikal Juru-X-Ray Terapi
1st International Conference on Teaching and Learning in Health Sciences Education (InTLEC) 2025
23-24 Julai 2025
Penyelidik, pensyarah, pelajar dan pengamal kesihatan
Persidangan yang menghimpunkan pendidik, penyelidik, dan pengamal kesihatan bagi membincangkan inovasi pedagogi, penggunaan teknologi digital, serta pembelajaran berasaskan simulasi. Program perintis ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik dan pendekatan pedagogi yang progresif.
Berita:
Media Sosial
https://www.facebook.com/profile.php?id=61574173441767#
InTLEC 2025 Memacu Inovasi dalam Pendidikan Kesihatan Masa Hadapan
Kursus Kompetensi Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
22-24 April 2025
UKM MIHA Student Chapter
Kursus ini dirangka untuk melatih peserta dalam pengenalpastian bahaya, pengurusan risiko dan pematuhan keselamatan pekerjaan.
Berita: Kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Melahirkan Mahasiswa UKM Terlatih dan Profesional
Dietitian Jr @ UKM 5.0
Januari 2025
Kanak-kanak sekolah rendah
program pendidikan pemakanan untuk memperkenalkan konsep pemakanan sihat kepada generasi muda melalui aktiviti interaktif dan demonstrasi praktikal. Objektif program Adalah untuk pempromosikan pemakanan seimbang dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Berita:Program Dietitian Jr @ UKM 5.0 Tarik Minat Generasi Muda Terhadap Pemakanan Sihat
Restoring iSight, Embracing Roots (RiSER)
22 – 24 Disember 2025
Pelajar Konan Univerity, Jepun & Kampung Teluk Pelandok.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata serta peranan alat pembetulan penglihatan dalam memperbaiki kualiti hidup.
Berita: Program RiSER Meningkatkan Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Komuniti
Program Komuniti Aktif, Sihat & Lestari (KASIH)
Febuari 2025
Komuniti, MBSJ Zon 12
Program Komuniti Aktif, Sihat & Lestari (KASIH) merupakan inisiatif yang dianjurkan oleh Pasukan Ecoshapers dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah diadakan di Taman Tasik Seri Aman Public Park, Puchong. Program ini mempunyai objektif untuk mendidik orang awam tentang pemuliharaan alam sekitar dan kepentingan mengekalkan gaya hidup sihat, di samping berfungsi sebagai platform bagi pelajar UKM untuk mengasah kemahiran kepimpinan dan komunikasi, seterusnya mewujudkan pemindahan pengetahuan yang bermakna antara universiti dan orang awam demi impak sosial yang berkekalan. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah sesi “plogging” yang menyaksikan peserta berjaya mengutip sebanyak 110 kilogram sampah sambil bersenam. Selain itu, program ini turut menarik penyertaan lebih 100 orang dalam sesi penerokaan gaya hidup sihat dan konsultasi kesihatan asas. Program KASIH juga meliputi aspek kebajikan komuniti dengan pengagihan sumbangan “Back-to-School” kepada kanak-kanak tempatan.
Berita:Pasukan Ecoshapers UKM Perkasa Generasi Muda Melalui Program KASIH
https://www.ukm.my/beritaukm/pasukan-ecoshapers-ukm-perkasa-generasi-muda-melalui-program-kasih/
Program Jangkauan Komuniti ReaCH
Jun 2025
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL),
Program jangkauan komuniti oleh Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (ReaCH) FSK UKM di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) bertujuan memupuk kesedaran kesihatan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar melalui ceramah pendidikan serta sesi interaktif mengenai saringan kesihatan, pemakanan, dan kesejahteraan mental. Inisiatif ini bukan sahaja menyampaikan ilmu sains kesihatan secara praktikal untuk membina tabiat hidup sihat jangka panjang, malah turut menggalakkan aspirasi pelajar untuk menceburi bidang sains kesihatan pada masa hadapan.
Berita: Program Jangkauan Komuniti UKM Memperkasakan Kesedaran Kesihatan dalam Kalangan Pelajar SMAPL
Program Khidmat Siswa Komuniti
Ogos 2025
Komuniti untuk OKU penglihatan di Malaysian Association for the Blind (MAB) Brickfields.
Program Khidmat Siswa Komuniti bertemakan “Radiate Kindness, Transform Lives” oleh pelajar Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi FSK UKM di Malaysian Association for the Blind (MAB) Brickfields bertujuan memperkasa komuniti OKU penglihatan dalam penjagaan kesihatan. Inisiatif ini merangkumi pengisian penting seperti pendidikan kesedaran kanser, pemeriksaan audiologi, dan pendidikan kesihatan pergigian untuk meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup golongan berkenaan.
Berita:Program Khidmat Siswa Komuniti UKM Tingkat Kesedaran Kanser dalam Kalangan OKU Penglihatan
Hari Penyelidikan & Inovasi @FSK 2025
30 September 2025
Pelajar, Kakitangan dan Penyelidik FSK UKM
Satu inisiatif Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UKM dalam membudayakan inovasi, kreativiti dan kecemerlangan penyelidikan dalam kalangan warga fakulti.
Berita:Kajian Membara, Inovasi menyala” semarakkan Hari penyelidikan dan Inovasi@FSK 2025
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2025/10/01/20465/
Media Sosial (Facebook FSK)
https://www.facebook.com/share/p/1MqQrKwxVG/