Skip to main content

Fakulti Sains Kesihatan UKM

Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Peneraju Sains Kesihatan

Eco-Campus

Projek Eco-Campus UKM KL

15 Jun 2024 – 14 Disember 2025

Pengenalan Ringkas

Projek Eco-Campus UKM Kuala Lumpur merupakan inisiatif kelestarian berimpak tinggi di bawah Geran Kelestarian UKM SDG-2024-005 (15 Jun 2024 – 14 Disember 2025). Diketuai oleh Prof. Dr. Zahara Abdul Manaf (H-CARE) daripada Fakulti Sains Kesihatan (FSK), projek ini dipacu sebagai agenda utama hijau dan kelestarian fakulti.

Inisiatif ini mengintegrasikan tiga teras utama: pengurusan kampus hijau, pendidikan kelestarian, dan amalan gaya hidup sihat bagi mewujudkan persekitaran kampus yang berkualiti dan berdaya tahan.

🌿 Pembangunan Kebun Makanan Bandar (Urban Food Garden)

Sebagai komponen fizikal utama, projek ini merangkumi pembangunan kebun makanan bandar seluas 6,000 kaki persegi yang berjaya mengusahakan lebih 60 jenis tanaman. Usaha hijau ini dipusatkan di tiga lokasi strategik Kampus UKM Kuala Lumpur:

  • Laman Eco-Campus (Blok P)

  • Jejantas Tingkat 2 (Blok J)

  • Taman Bumbungan / Rooftop Garden (Tingkat 3, Blok E)

🤝 Sinergi & Penglibatan Warga Kampus

Kejayaan pelaksanaan program ini disokong penuh oleh struktur tenaga kerja dan pemegang taruh kampus, merangkumi:

  • Fakulti Sains Kesihatan (FSK): Penggerak utama menerusi penglibatan kakitangan serta Persatuan Mahasiswa FSK.

  • Rakan Kolaborasi Kampus: Sokongan interdisiplin daripada kakitangan Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi.

  • Rakan Kolaborasi Agensi Kerajaan: Jabatan Pertanian melalui Bahagian Pertanian Bandar berperanan sebagai rakan teknikal utama yang menyediakan kepakaran, latihan dan sokongan teknikal berasaskan amalan pertanian bandar moden
  • Rakan Kolaborasi Industri kecil: Kafe Dolchezza 
Laman Eco Blok P
Laman Eco Blok J
Taman Bumbungan (Rooftop)

Siri Aktiviti ECO-CAMPUS

Eco-Campus Siri 1

12 Februari 2025

Aktiviti penyediaan tapak dan pembiakan anak benih telah memberi pendedahan asas kepada proses permulaan pertanian bandar.

Rujukan Hebahan : https://www.facebook.com/share/p/1BaLzMQz3y/

Hebahan melalui email:

https://drive.google.com/file/d/13bFCR8Zs1K63KX_xW_B72pF2ldlq-5e8/view?usp=sharing

Eco-Campus Siri 2

7 Mei 2025

Aktiviti pemindahan anak pokok, pembiakan anak benih serta penyelenggaraan kebun (merumput, mencantas dan membaja) memperkukuh kemahiran teknikal peserta.

Hebahan melalui email:

https://drive.google.com/file/d/1NPuYd3aDscAhLLgNQvVq89YUi77pZmNO/view?usp=sharing

Eco-Campus Siri 3

10 Julai 2025

Aktiviti pemindahan tanaman dan penyelenggaraan berterusan mengukuhkan kefahaman tentang kelestarian tanaman jangka panjang.

Hebahan melalui email:

https://drive.google.com/file/d/1_eNBAxtt60gZda9kIz_0hXYrMMMC1Jo5/view?usp=sharing

Eco-Campus Siri 4

24 September 2025

Sesi demonstrasi teknikal oleh Jabatan Pertanian (Bahagian Pertanian Bandar) meliputi pengkomposan, penyediaan batas dan pembiakan anak benih, diikuti aktiviti penuaian. Ini memperkukuh pemindahan ilmu teknikal daripada agensi kerajaan kepada warga universiti.

Hebahan melalui email:

https://drive.google.com/file/d/1CMe6_bQ4xGZ_XREOM-OUiw5rvSiUlF49/view?usp=sharing

Media Sosial (Instagram ecocamnpus_ukmkl)

https://www.instagram.com/p/DO-yEYfE3T6/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Eco-Campus Siri 5

  • 10 Oktober 2025):

Aktiviti penyelenggaraan kebun, penuaian hasil serta pengagihan minuman kesihatan (detox drinks) mengukuhkan hubungan antara pertanian bandar dan kesejahteraan kesihatan.

Hebahan melalui email:

https://drive.google.com/file/d/10uNQaEEs7fWbBHc7-aTUiCSnWnFVDVsl/view?usp=sharing

Media Sosial (Instagram ecocamnpus_ukmkl)

https://www.instagram.com/p/DPoSqUVk3Y0/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Siri Aktiviti ECO-CAMPUS WARRIOR

Eco-Campus Warrior Siri 1

Eco-Campus Warrior: Projek SDG UKM Kuala Lumpur 24/25

Tarikh: 28 Februari 2025

Program pertama dimulakan dengan aktiviti gotong-royong dan pembangunan kawasan hijau di sekitar kampus UKM Kuala Lumpur melibatkan 97 peserta. Aktiviti termasuk membersihkan laman edible garden, penyediaan tapak tanaman, penghasilan baja kompos daripada bahan terpakai, aktiviti penanaman anak pokok serta pemasangan tong kitar semula di kawasan kampus. Program ini turut disertakan dengan sesi taklimat berkaitan amalan Eco-Campus dan pengurusan kelestarian. Program ini memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai pengurusan sisa, pertanian bandar dan pemeliharaan alam sekitar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Rujukan:

https://drive.google.com/file/d/1BIT8p6dB204MRAS7Cl0LxGcoszyzo8GZ/view?usp=sharing

Eco-Campus Warrior Siri 2

Pertandingan Melukis Mural Eco-Campus Warrior

Tarikh: 28 April 2025

Sebagai kesinambungan usaha membudayakan kesedaran kelestarian secara kreatif, pertandingan melukis mural telah dianjurkan di Ruang Eco-Campus Jejantas FSK dengan penyertaan seramai 55 pelajar. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE), FSK. Aktiviti melibatkan sesi lakaran dan penghasilan mural bertemakan Sustainable Development Goals (SDG) bagi memperindah kawasan kampus dengan mesej pendidikan visual berkaitan kelestarian. Program ini berjaya meningkatkan kreativiti, kerja berpasukan dan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pembangunan mampan.

Rujukan:

https://drive.google.com/file/d/1MTL3hVSIGR42EEiq92SL_26n8Egx9X-0/view?usp=sharing

Eco-Campus Warrior Siri 3

Projek SDG UKM Kuala Lumpur 24/25 (Siri Pertengahan Tahun)

Tarikh: 28 Jun 2025

Program diteruskan dengan siri kedua Eco-Campus Warrior melibatkan 59 peserta di Ruang Eco-Campus dan laman edibel FGG. Aktiviti yang dijalankan termasuk aktiviti kitar semula, penyediaan tapak semaian menggunakan bahan terpakai, menuai hasil tanaman, penggemburan tanah dan penghasilan tanaman makanan lestari. Program ini turut melibatkan Majlis Peluncuran Eco-Campus sebagai simbol komitmen warga kampus terhadap agenda kampus hijau. Melalui aktiviti ini, pelajar didedahkan kepada konsep pertanian lestari, pengurusan sumber dan amalan gaya hidup sihat.

Rujukan:

https://drive.google.com/file/d/1NUOgBvKhgB1cQl-0Q0IruDlFyhLJwqSx/view?usp=sharing

Eco-Campus Warrior Siri 4

Lawatan Indonesian Milenial of Change (IMC) – Youth Abroad Expedition @ UKM

Tarikh: 29 November 2025

Program antarabangsa ini dianjurkan dengan kerjasama Indonesian Milenial of Change (IMC) dan melibatkan pelajar luar negara dalam perkongsian berkaitan amalan kelestarian dan pengurusan kampus hijau UKM. Aktiviti utama termasuk sesi perkongsian amalan lestari, pembentangan projek SDG, campus tour dan interaksi budaya antara peserta. Program ini turut menampilkan sesi perkongsian oleh Prof. Dr. Zahara Abdul Manaf berkaitan Green Campus Management. Aktiviti ini memperkukuh jaringan antarabangsa dan meningkatkan kesedaran global berkaitan SDG dalam kalangan mahasiswa.

Penglibatan antarabangsa ini menunjukkan bahawa Projek Eco-Campus berfungsi sebagai platform rujukan kelestarian di peringkat antarabangsa, di samping memperluas jaringan strategik dan mengukuhkan elemen SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat) melalui kolaborasi akademik dan perkongsian amalan terbaik.

Rujukan:

https://drive.google.com/file/d/1MdOtTVwoHYC9VvT4xQ_enYiik_6eKhIY/view?usp=sharing

Eco-Campus Warrior Siri 5

Eco-Campus Warrior – Training on Trainers (TOT) 25/26

Tarikh: 18–20 Disember 2025

Sebagai penutup siri aktiviti tahun 2025, program Training on Trainers (TOT) Eco-Campus Warrior telah diadakan bagi melatih pelajar sebagai agen kelestarian kampus. Program melibatkan 30 peserta dan memberi fokus kepada latihan penanaman, aktiviti kitar semula, pengurusan kebun serta penghasilan makanan sihat melalui aktiviti Eco-Campus@Kitchen. Peserta turut menjalankan aktiviti penuaian hasil tanaman dan pengurusan anak benih sebagai latihan praktikal untuk melahirkan pelajar yang mampu menjadi pembimbing kepada program kelestarian pada masa hadapan.

Rujukan:

https://drive.google.com/file/d/1lRhNP1M7wVqqgMYQd1cMHKBpWpbyp455/view?usp=sharing

Aktiviti Lain ECO-CAMPUS

Majlis Peluncuran Projek Eco-Campus dan Fiesta

16 Mei 2025 

Majlis Peluncuran Projek Eco-Campus dan Fiesta telah diadakan pada 16 Mei 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif Projek Eco-Campus UKM Kuala Lumpur dalam memperkukuh amalan kampus hijau dan gaya hidup lestari. Program ini melibatkan pelbagai aktiviti kreatif dan interaktif seperti:

  • Pameran kraf kitar semula
  • Jualan hasil kebun kampus (jualan anak pokok dan biji benih daripada Laman Eco-Campus)
  • Lawatan berpandu kebun bandar
  • Aktiviti interaktif pengecaman herba (Seed and Plant Quest) serta aktiviti berkaitan pertanian bandar dan pemakanan sihat.

Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha UKM mengintegrasikan pengurusan hijau, pendidikan mampan dan kesejahteraan komuniti kampus melalui pembangunan kebun bandar yang melibatkan lebih 60 jenis tanaman organik. Program ini turut menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 2, SDG 3, SDG 4 dan SDG 11.

Rujukan:

Hebahan Media Sosial (Instagram ecocampus_ukmkl)

https://www.instagram.com/p/DJqyZbGzxK7/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Rujukan Hebahan : https://www.instagram.com/p/DJqyZbGzxK7/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Rujukan Berita: https://www.facebook.com/share/p/18XkG59RsD/

Penyertaan Pameran Hari Informasi Pusat Strategi UKM (HIPS)

17 Disember 2025 

Pada 17 Disember 2025, Eco-Campus Warrior telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Hari Informasi Pusat Strategi UKM (HIPS) anjuran Pusat Strategi UKM sebagai platform mempromosikan inisiatif kelestarian dan aktiviti kampus hijau yang dilaksanakan di UKM Kuala Lumpur. Penyertaan ini memberi peluang kepada warga universiti untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai Projek Eco-Campus, termasuk aktiviti pertanian bandar, kitar semula, penghasilan kompos dan penglibatan mahasiswa dalam menyokong agenda kelestarian universiti. Pameran ini juga membantu meningkatkan visibiliti projek Eco-Campus sebagai model kampus lestari yang menyokong pelaksanaan SDG di UKM.

Rujukan:

https://www.instagram.com/p/DSXF-tCEw8b/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Kerjasama ECO-CAMPUS

Kerjasama Agensi Kerajaan - Jabatan Pertanian Malaysia

Sesi Demonstrasi Teknikal dan Pemindahan Ilmu

24 September 2025

Jabatan Pertanian telah melaksanakan sesi demonstrasi teknikal di tapak Eco-Campus yang melibatkan pelajar dan staf. Sesi ini memberi pendedahan langsung kepada:

  • Teknik pengkomposan (composting) sebagai asas pengurusan sisa organik kampus
  • Penyediaan batas tanaman (raised bed preparation) untuk sistem penanaman intensif bandar
  • Kaedah pembiakan anak benih (seedling propagation) bagi memastikan kelangsungan tanaman
  • Amalan pertanian bandar lestari berasaskan pendekatan mesra alam

Sesi ini bukan sahaja bersifat teori, tetapi dilaksanakan secara hands-on, membolehkan peserta menguasai kemahiran praktikal secara langsung.

Jabatan Pertanian turut memberikan sumbangan bahan keperluan yang signifikan dalam bentuk pakej input pertanian bandar lengkap, yang menjadi asas kepada keberkesanan operasi kebun Eco-Campus. Sumbangan ini merangkumi:

  • Struktur fizikal seperti raised beds, pasu biodegradasi, seed trays dan unit tapak semaian
  • Input pertanian seperti baja organik, baja kompaun, dolomit dan peat moss
  • 10 benih tanaman sayuran, herba serta 4 anak pokok buah-buahan/herba
  • Peralatan ujian tanah dan sistem semburan
  • Bahan kawalan perosak mesra alam seperti minyak neem (neem oil) dan rawatan bio-organik
  • Peralatan pengkomposan serta kelengkapan asas pertanian bandar
  • 2 tangki pengumpulan air hujan

 

Sumbangan ini secara langsung meningkatkan kapasiti universiti dalam melaksanakan latihan amali pertanian bandar yang sistematik, berstruktur dan mampan.

 

Rujukan:

Instagram ecocampus_ukmkl

https://www.instagram.com/p/DO-yEYfE3T6/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==

 

          

Lampiran (Senarai sumbangan yang diterima daripada Jabatan Pertanian)

https://drive.google.com/file/d/1mMQnWG-qDPzNxr3KIrkSXy-tEEO1LYkE/view?usp=sharing

Kerjasama ini telah memperkukuh keupayaan institusi dalam aspek:

  • Pengurusan kebun bandar berasaskan standard teknikal pertanian negara
  • Pembangunan sistem makanan kampus yang lebih terancang dan lestari
  • Pemindahan teknologi pertanian bandar kepada warga universiti
  • Peningkatan pengetahuan, kompetensi, dan minat dan kesedaran pelajar dalam bidang kelestarian makanan/persekitaran (recycling benefits) melalui urban agriculture

Secara keseluruhan, DOA berfungsi sebagai pemangkin utama dalam memastikan program ini bukan sekadar aktiviti komuniti, tetapi satu model demonstrasi pertanian bandar berasaskan ilmu dan amalan terbaik nasiona

Kerjasama Komuniti Kampus dan Sokongan Industri Kecil

Program ini turut melibatkan komuniti kampus secara aktif termasuk pelajar, staf akademik dan staf sokongan yang berperanan sebagai Eco-Campus Warriors. Penglibatan ini disokong oleh Persatuan Pelajar Fakulti Sains Kesihatan yang mengurus pendaftaran dan penyelarasan aktiviti pelajar.

Sokongan turut diperoleh daripada pihak kafe kampus seperti Kafe Dolchezza yang menyumbang kepada agenda kelestarian melalui pengurangan penggunaan plastik sekali guna, sejajar dengan usaha kampus hijau, selain daripada menyumbang hampas kopi untuk bahan baja kompos dan pemberian diskaun sebanyak RM0.50 bagi pelanggan yang membawa sendiri bekas minuman untuk pembelian kopi

Impak ECO-CAMPUS

Penglibatan Berterusan dan Penyertaan Komuniti Warga FSK (Kakitangan dan Pelajar)

Sepanjang lima siri aktiviti utama (Februari hingga Disember 2025), program ini berjaya melibatkan lebih daripada 120 pelajar dan staf secara aktif. Penglibatan ini menunjukkan tahap komitmen yang tinggi terhadap agenda kelestarian kampus, dengan penyertaan merentas fakulti dan kategori warga universiti.

Setiap sesi aktiviti telah diumumkan secara rasmi melalui emel dan poster fakulti, yang memastikan keterlibatan terbuka dan inklusif dalam kalangan pelajar dan kakitangan.

Siri aktiviti yang dilaksanakan telah menyediakan platform pembelajaran berasaskan amali yang melibatkan warga fakulti (kakitangan dan pelajar) secara berperingkat sepanjang tahun 2025. Program ini turut memberi impak di peringkat antarabangsa apabila menjadi platform rujukan kepada peserta luar negara dalam memahami pelaksanaan pertanian bandar dan kelestarian kampus, sekali gus memperluas capaian program melangkaui komuniti tempatan.

https://www.instagram.com/p/DQYhX9aE68y/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Secara keseluruhan, siri aktiviti ini membentuk satu kitaran pembelajaran lengkap daripada penanaman hingga penuaian.

Melalui penglibatan langsung dalam aktiviti berkebun dan penggunaan hasil tanaman segar, peserta menunjukkan peningkatan kesedaran terhadap:

  • Kepentingan pemakanan sihat berasaskan sumber segar
  • Hubungan antara pertanian bandar dan kesihatan manusia
  • Amalan gaya hidup lestari dan pengurangan kebergantungan kepada makanan diproses

Aktiviti seperti Eco-Campus Launching and Fiesta (16 Mei 2025) turut memperkukuh kesedaran ini melalui pameran kraf kitar semula, jualan hasil kebun, lawatan berpandu dan aktiviti interaktif pengecaman herba.

Sebagai bukti impak berstruktur kepada pelajar, inisiatif Eco-Campus ini telah berjaya menghasilkan satu manuskrip ilmiah bertajuk ‘Vegetable Intake and Its Association with Sustainability Practices and Gardening Skills‘ untuk diterbitkan dalam jurnal. Secara ringkas, kajian ke atas 164 pelajar ini membuktikan secara empirikal bahawa kemahiran berkebun dan amalan kelestarian yang diterapkan melalui kebun kampus telah menunjukkan perkaitan positif yang signifikan terhadap peningkatan pengambilan sayur-sayuran dalam kalangan pelajar universiti, seterusnya menjadi bukti pencapaian SDG 2 (Sifar Kelaparan) dan SDG 3 (Kesihatan Baik).

Pelajar yang terlibat telah diberikan pengiktirafan sebagai Eco-Campus Warriors dan menerima kredit kemahiran insaniah (generic skills). Ini membuktikan bahawa program ini bukan sekadar aktiviti kokurikulum, tetapi turut diiktiraf sebagai platform pembangunan kompetensi pelajar dalam aspek kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi dan kelestarian. Program ini turut memberi impak di peringkat antarabangsa apabila menjadi platform rujukan kepada peserta luar negara dalam memahami pelaksanaan kelestarian kampus dan pertanian bandar.

Pelaksanaan aktiviti berterusan ini telah berjaya mentransformasikan landskap kampus kepada ruang hijau produktif yang berfungsi sebagai makmal hidup (living laboratory). Kebun bandar yang dibangunkan bukan sahaja menghasilkan tanaman makanan, tetapi juga menjadi ruang pembelajaran aktif, interaksi sosial dan demonstrasi amalan kelestarian.

Pendedahan praktikal kepada amalan pengurusan sisa  serta persekitaran pembelajaran terbuka menerusi inisiatif keusahawanan sosial di Fiesta Eco-Campus  telah berjaya mencetuskan idea inovasi lestari di luar kotak. Ekosistem kelestarian kampus ini memperkasakan kemahiran pelajar dan memupuk keyakinan mereka merentasi pelbagai disiplin sains kesihatan—seperti Audiologi, Optometri, dan Kesihatan Persekitaran—untuk bergabung tenaga merangka penyelesaian. Kesan limpahan (spillover effect) ini terbukti apabila kumpulan pelajar Tahun 1 tersebut berjaya menterjemahkan konsep kelestarian kepada prototaip berimpak tinggi dengan penciptaan “Invisipack” (beg mesra alam daripada sisa buah-buahan sebagai ganti plastik), yang cemerlang merangkul Tempat Pertama dalam Pertandingan Akhir Bicara Tuntas Asas Keusahawanan peringkat UKM

https://www.instagram.com/p/DLoMDTAur-E/?igsh=Nzk3dmN6N2Zjcjdp

https://www.facebook.com/share/p/16eWbSsX6E/

 

Inisiatif ECO-CAMPUS

Inovasi Kebun Makanan Bandar sebagai “Living Laboratory”

Program ini membangunkan tiga tapak kebun bandar di UKM Kuala Lumpur dengan keluasan keseluruhan kira-kira 6,000 kaki persegi, yang berfungsi sebagai makmal hidup kelestarian (living laboratory). Tapak ini bukan sekadar kawasan pertanian, tetapi diintegrasikan sebagai ruang pembelajaran aktif untuk pelajar dan staf.

Lebih 60 jenis tanaman termasuk sayur-sayuran, herba dan tanaman makanan berkhasiat telah berjaya ditanam, menjadikan kampus sebagai model mikro sistem makanan bandar yang mampan.

Program ini mengaplikasikan pelbagai pendekatan inovatif dalam pertanian bandar, antaranya:

  • Penggunaan pasu biodegradasi untuk mengurangkan sisa plastik
  • Penggunaan baja organik dan kompos sebagai sumber nutrien tanaman
  • Aplikasi rawatan bio-organik dan minyak neem (neem oil) sebagai kawalan perosak mesra alam
  • Pelaksanaan sistem pengkomposan sisa organik kampus
  • Penggunaan peat moss, dolomit dan input organik terkawal untuk kesuburan tanah

Inisiatif ini menyokong secara langsung amalan penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab (SDG 12) serta mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia sintetik.

Program ini menginovasikan kaedah pembelajaran melalui siri aktiviti berkala (Series 1–5) yang menggabungkan teori dan amali secara berstruktur, termasuk:

  • Penyediaan tapak dan pembiakan anak benih
  • Pemindahan tanaman dan penyelenggaraan kebun
  • Pengkomposan dan pengurusan sisa organik
  • Aktiviti penuaian hasil dan pengagihan kepada peserta
  1. Pemerkasaan Melalui Model Pembelajaran Rakan Sebaya (Peer-led Approach).
  2. Kurikulum Modul Kelestarian “Hujung-ke-Hujung” (End-to-End)
  3. Aplikasi Praktikal Ekonomi Kitaran & Inovasi Hijau
  4. Rangkaian Kelestarian Rentas Sempadan Serantau
  5. Keusahawanan Sosial Melalui Eco-campus Fiesta
  1. Program ini turut memperkenalkan pendekatan integrasi sistem kampus hijau melalui:

    • Pengurusan kebun secara kolektif oleh pelajar dan staf (Eco-Campus Warriors)
    • Penjadualan aktiviti berkala yang sistematik sepanjang tahun
    • Hebahan digital dan poster sebagai sistem komunikasi kelestarian
    • Penglibatan pelbagai pihak dalam satu ekosistem kampus lestari