PROGRAM SISWAZAH – PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN

PENGENALAN
Ia merupakan bidang berteraskan Sains Kesihatan dan menyiapkan individu sehingga membolehkannya berfungsi sebagai salah satu anggota pasukan yang turut terdiri daripada doktor perubatan dan teknologis yang bekerjasama untuk menghasilkan keputusan yang diperlukan untuk menilai sesuatu penyakit dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Selain mahir menggunakan peralatan makmal perubatan, seorang graduan Sains Bioperubatan juga boleh mengurus makmal diagnostik, perniagaan dan perindustrian. Bagi program pengajian siswazah, ia ditawarkan dalam 2 bentuk iaitu secara kerja kursus dan penyelidikan.
OBJEKTIF
Untuk menghasilkan graduan yang mempunyai asas dan pengalaman yang baik dalam bidang Sains Bioperubatan sehingga membolehkan mereka untuk melakukan kerja saintifik dan penyelidikan dalam bidang kajian penyakit manusia dan haiwan, pengaruh kemantapan ubat, penemuan efek mudarat daripada pencemaran industri makanan, racun agen perosak dan lain-lain.
PROSPEK KERJAYA
- Pegawai Sains Bioperubatan di Makmal Diagnostik Perubatan(Kerajaan & Swasta)
- Medical Underwriter di Syarikat Insurans
- Pegawai Kawalan Mutu
- Pegawai Farmaseutikal
- Pegawai Penyelidik di Institusi Penyelidikan
- Teknologis Kardiovaskular
- Eksekutif Jualan Instrumen/Bahan Kimia Penyelidikan & Diagnostik
- Usahawan dan Wartawan Kesihatan
- Teknologis Makmal Perubatan
- Eksekutif Perhubungan Perubatan
AKREDITASI
- Accredited by the National Accreditation Board (LAN)
- Institute of Biomedical Science (IBMS) UK