HUBUNGI KAMI
Email : postgraduate.fsk@ukm.edu.my
Website: https://www.ukm.my/fsk/
o.b Timbalan Dekan (Siswazah) /Deputy Dean (Postgraduate)
Fakulti Sains Kesihatan / Faculty of Health Sciences
Email : tdsfsk@ukm.edu.my
Fakulti Sains Kesihantan (FSK) UKM menawarkan program peringkat Doktor Falsafah dengan mod penyelidikan sahaja. Sebanyak 22 bidang penyelidikan yang boleh dipilih oleh bakal calon. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan menjalankan kerja-kerja penyelidikan di bawah penyeliaan ahli akademik fakulti yang berdedikasi dalam pelbagai bidang penyelidikan yang terkini dan memberi impak kepada masyarakat dan negara.
Mod pengajian ini sesuai dipilih oleh pelajar yang berminat untuk meneroka penemuan pengetahuan yang mendalam dan novel, gemar melakukan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, serta mempunyai perancangan untuk memajukan kerjaya. Pelbagai program ditawarkan berdasarkan bidang penyelidikan yang tersedia.
Matlamat utama program-program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berkelayakan tinggi dan berdaya saing dalam pasaran kerja.
Sains Bioperubatan
Pendengaran & Pertuturan
Linguistik Klinikal
Kesihatan Persekitaran
Pengimejan Diagnostik
Sains Forensik
Terapi Carakerja
Pemakanan
Toksikologi
Radioterapi
Fisioterapi
Optometri
Dietetik
Pendidikan Kesihatan
Keselamatan & Kesihatan Industri
Sains Pertuturan & Linguistik
Sains Penglihatan
Pendengaran & Keseimbangan
Entomologi Forensik
Sains Senaman
Teknologi Kesihatan
Sains Rehabilitasi
Hanya menawarkan peringkat pengajian Doktor Falsafah secara penyelidikan
Sepenuh masa:
Separuh masa:
Pelajar antarabangsa hanya dibenarkan untuk mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa
Dibuka sepanjang sesi pengajian
Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan dari mana-mana institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
atau
Kelayakan lain; yang sama taraf dengan Ijazah Sarjana dan kelayakan atau pengalaman lain (dalam bidang berkaitan) yang diiktiraf oleh Senat sarjana tertakluk kepada penilaian dalaman yang terperinci.
Lulus saringan yang ditetapkan oleh Fakulti
atau
Program pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di FSK melibatkan pelaksanaan penyelidikan di bawah penyeliaan rapat oleh jawatankuasa penyeliaan yang dilantik sepanjang tempoh pengajian sehingga tamat pengajian.
Pelajar dikehendaki menambil kursus Kaedah Penyelidikan dan Biostatistik dan bagi pelajar antarabangsa, wajib untuk mengambil kursus Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh Pusat CITRA UKM.
Pelajar akan diselia oeh kakitanga akademik fakulti yang dilantik. Pemohon disaran terlebih dahulu menghubungi penyelia yang mempunyai kepakaran bidang yang dikehendaki sebelum memohon.Cari Penyelia Anda di Sini.