Fakulti Sains Kesihatan UKM

Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Peneraju Sains Kesihatan

UKM New Ranking

UKM Terus Melakar Sejarah Gemilang dalam QS World University Rankings 2026

UKM terus melakar sejarah gemilang apabila mencatat lonjakan membanggakan dalam QS World University Rankings 2026 — kini berada di kedudukan ke-126 dunia, berbanding 138 pada tahun sebelumnya — sekali gus menjadikan ini pencapaian terbaik sejak menyertai penarafan global tersebut pada 2005.

Dengan kejayaan ini, UKM kini tergolong dalam 10% teratas universiti terbaik dunia dan mengekalkan statusa sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia. UKM turut menyerlah dalam indikator ‘Employment Outcomes’ dan ‘Sustainability’, masing-masing berada di kedudukan kedua terbaik negara. Ini jelas membuktikan bahawa UKM bukan sahaja berjaya melahirkan graduan yang menjadi pilihan utama majikan, malah memiliki jaringan alumni yang tersohor dan berpengaruh di persada antarabangsa.

Peningkatan cemerlang ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi UKM dalam memperkasa penyelidikan bertaraf dunia, inovasi berimpak tinggi, dan kecemerlangan akademik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga UKM atas dedikasi serta sokongan padu yang menjadi tunjang kepada kejayaan ini.

Sempena ulang tahun UKM ke-55, syabas dan tahniah diucapkan! Teruskan mengangkat martabat ilmu, mencipta masa depan.

UKM, Aspirasi Rakyat Keunggulan Negara .