Fakulti Sains Kesihatan UKM

Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Peneraju Sains Kesihatan

Ranking SDG

UKM Meningkat Cemerlang di THE Impact Ranking 2025

UKM mencatat lonjakan sebanyak 215 anak tangga ke kedudukan ke-53 dunia daripada kedudukan 201–300 pada tahun sebelumnya. Ini merupakan satu peningkatan yang amat signifikan dan membanggakan.

Penarafan Impak THE menilai komitmen institusi terhadap 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui penyelidikan, pendidikan, jangkauan komuniti dan pengurusan kelestarian kampus.

UKM membuktikan kecemerlangannya apabila 15 daripada 17 SDG yang dinilai berada dalam kelompok 100 terbaik dunia, termasuk dua SDG yang tersenarai dalam 10 terbaik dunia:

SDG 1: Tiada Kemiskinan – Kedudukan #8
SDG 17: Kerjasama Demi Matlamat – Kedudukan #8

Turut membanggakan, 13 lagi SDG berada dalam ranking 100 teratas dunia:

SDG 2: Sifar Kelaparan – #16
SDG 3: Kesihatan yang Baik dan Sejahtera – #26
SDG 4: Pendidikan Berkualiti – #69
SDG 5: Kesaksamaan Gender – #17
SDG 6: Air Bersih dan Sanitasi – #34
SDG 7: Tenaga Mampu Milik dan Bersih – #91
SDG 8: Pekerjaan yang Sesuai dan Pembangunan Ekonomi – #36
SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamaan – #45
SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan – #21
SDG 12: Penggunaan dan Penghasilan yang Bertanggungjawab – #26
SDG 14: Kehidupan di Bawah Air – #23
SDG 15: Kehidupan Darat – #56
SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh – #26

Sementara itu, dua lagi SDG turut meraih kedudukan memberangsangkan dalam kelompok 101–200 dunia:

SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur
SDG 13: Perubahan Iklim

UKM turut berjaya meraih kedudukan pertama di Malaysia bagi empat SDG, iaitu SDG 2, SDG 3, SDG 5 dan SDG 12.

Pencapaian gemilang ini mencerminkan dedikasi, sinergi dan usaha berterusan seluruh warga UKM dalam menjadikan agenda kelestarian sebagai teras penting universiti, sekali gus mengukuhkan kedudukan UKM di persada antarabangsa sebagai universiti peneraju kelestarian global.