Terkini @FSSK - Peristiwa & Kejayaan

Semenjak Dasar Pandang Ke Timuer dilaksanakan hubungan Malaysia-Jepun telah menjangkau usia 40 tahun pada tahun ini. Walaubagaimana pun, bahan pembelajaran bahasa Jepun yang sesuai bagi rakyat Malaysia masih lagi kekurangan dan kebanyakannya harus dibeli dari negara Jepun.

Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Sumbangan Tun Abdul Razak melalui Ordinan Pelajaran 1952 telah meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan..

Sejajar dengan persekitaran ekosistem kesihatan semasa, UKM melalui Pusat Komunikasi Untuk Pembangunan (C4D) HEALTHCOMM

ditubuhkan dengan kerjasama UNICEF atas hasrat dan aspirasi yang sama untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan kesejahteraan masyarakat, melalui penyelidikan, latihan dan pembangunan kurikulum

Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) menjalin kerjasama dengan Institut Pemerintahan Dalam Negeri (IPDN), Indonesia bagi memperkukuh kerjasama dalam mendukung ekosistem pendidikan.

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) menyambut baik amanat YBhg. Prof. Dato’ TS. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman, Naib Canselor UKM menerusi ucaptama Bicara Perdana yang telah berlangsung di DECTAR UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara rasminya telah menyelesaikan projek pembinaan bangunan Makmal Penyelidikan Bahasa, Media dan STEM yang bertempat di Kampus Bangi, Selangor. 

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UKM melalui Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS) hari ini melebarkan kerjasama di dalam bidang kajian geoplitik dan keselamatan sempadan antarabangsa Malaysia bersama dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Keterselahan kepakaran FSSK kali ini mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila salah seorang penyelidiknya diterima sebagai ahli pasukan pemikir UNICEF's Global Think Tank. Prof. Madya Dr. Emma Mirza Wati Mohamad daripada Pusat Kajian Media & Komunikasi (MENTION) secara rasminya telah menjadi salah seorang ahli di dalam pasukan berkenaan bagi bidang perubahan sosial dan tingkah laku (Social and Behavior Change) serta hubungan komuniti (Community Engagement) .

Graduan Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial (Psikologi) daripada Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK), Kavena Sivapragasam, 33, harini telah dianugerahkan Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen UKM yang Ke-49.

Atlet olimpik negara dalam sukan terjun papan anjal, Nur Dhabitah Sabri adalah merupakan antara pelajar baharu yang mendaftarkan diri bagi mengikuti program pengajian prasiswazah di FSSK. Dhabitah akan memulakan pengajian peringkat prasiswazah di dalam program Komunikasi Media bagi sesi akademik 2021/2022

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bitara Pendanaan (PTJ/Kumpulan) pada Majlis Anugerah Bitara UKM 2021 yang telah berlangsung secara dalam talian pada hari ini.

Para penyelidik dan ahli akademik bidang sains sosial dan kemanusiaan seharusnya mengambil peluang mengembangkan ilmu akibat daripada pandemik yang sedang melanda negara dan dunia untuk memberikan satu yang bermakna di masa hadapan.

Berdasarkan pengumuman permohonan Geran FRGS yang diumumkan oleh KPT baru-baru ini, FSSK berjaya mengungguli jumlah keseluruhan tertinggi di dalam kelompok sains sosial di UKM.

FSSK membuktikan kecemerlangan apabila memenangi Anugerah Fakulti/Institut Cemerlang (Keseluruhan) Bidang Sains Sosial pada Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA

Pelajar daripada Pusat Kajian Bahasa & Lingustik (PKBL) FSSK mengharumkan nama FSSK apabila terpilih untuk menyertai program Global UGRAD yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Amerika Syarikat

Pelajar FSSK sekali lagi mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila dua pelajar daripada fakulti ini telah terpilih untuk menerima biasiswa NUS Enterprise Summer Programme in Entrepreneurship 2021

Beberapa program pengajian di FSSK tersenarai di dalam QS World University Ranking by Subject 2021 dan menjadikannya antara program terbaik di Malaysia. Ketahui program yang tersenarai di dalam 150 terbaik di dunia, 200 terbaik di dunia dan 250 terbaik di dunia!

FSSK melalui Sekretariat Jaringan Industri & Alumni telah melancarkan Tabung Alumni FSSK dengan kerjasama Yayasan Canselor UKM untuk mengumpul dana pembiayaan aktiviti pelajar FSSK dan juga kebajikan pelajar.

Dua orang pelajar FSSK daripada Program Komunikasi Media hari ini telah mengharumkan nama UKM apabila membawa pulang kejayaan di Asian University Friendship Games 2021 (AUNi2021).

Tahniah diucapkan kepada Brig. Jen (B) Dato’ Mohd Rashid Abdul Razak (Alumni FSSK 2006) dan juga YBhg. Dato’ Muhamad Nahar Haji Mohd Sidek (Alumni FSSK 2010) di atas penganugerahan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Dato’. Penganugerahan ini diberikan sempena Hari Keputeraan yang ke-73, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK), UKM hari ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) dengan Fakultas Ilmu Sosial & Ilmu Politik, Universitas Tadulako, Indonesia

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Program Kerja Sosial telah menjayakan misi bantuan banjir Kota Tinggi, Johor dengan memberi sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir di sana.

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

dfssk@ukm.edu.my

+603 8921 5354 (Pejabat Kedekanan)

+603 8921 4741 (Sekretariat Prasiswazah)

+603 8921 5144 (Sekretariat Siswazah)

WAKTU OPERASI

ISNIN-KHAMIS

8.00am - 1.00pm

2.00pm - 5.00pm

JUMAAT

8.00am - 12.15pm

2.45pm - 5.00pm

PEMAKLUMAN

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768