Sukacita dimaklumkan, setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM, Majlis Konvokesyen ke-54 UKM akan diadakan bagi semua sidang bermula 21 hingga 30 November 2026.
Capaian ke Sistem Konvokesyen UKM akan dibuka pada 📆 4 November 2026, ⏰10:00 pagi tertakluk kepada pindaan semasa.
Sila menyemak status hutang melalui, Portal E-Kewangan pelajar perlu menyelesaikan semua yuran tertunggak sama ada Yuran Pengajian atau Yuran Universiti (sekiranya ada) sebelum dibenarkan untuk mengambil jubah. Yuran Konvokesyen merupakan yuran wajib universiti dan perlu dibayar walaupun tidak menghadiri Majlis Konvokesyen.
Semua maklumat berkaitan konvokesyen akan dikemaskini dari semasa ke semasa, sila layari Laman Sesawang Rasmi Majlis Konvokesyen Ke-54 UKM
Saudara/i perlu menjelaskan kesemua yuran tertunggak sebelum membuat permohonan dokumen.
Saudara/i boleh membuat permohonan surat melalui SMPE . Permohonan akan disemak dan disahkan oleh Bahagian Kewangan terlebih dahulu. Setelah status kewangan disahkan, Unit Peperiksaan dan Pengijazahan (UPP) akan memproses dan meluluskan surat tersebut dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Semakan hutang boleh dibuat melalui Portal E-Kewangan atau menghubungi Unit Kewangan UKMShape di talian 03-8927 2108/ 2109/ 2133 atau e-mel ukpshape@ukm.edu.my
Yuran Konvokesyen:
-Prasiswazah:Yuran RM180.00
-Pascasiswazah:Yuran RM200.00
-Diploma Pascasiswazah:Yuran RM250.00
Urusan Pinjaman Jubah Urusan Pinjaman Jubah
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Tarikh | 11 hingga 20 November 2026 |
| Waktu Operasi | 9.00 pagi hingga 5.00 petang *Hari Jumaat kaunter ditutup pada jam 12.00 tengah hari hingga 2.45 petang. |
| Jadual Pengedaran | Mohon Rujuk – (Jadual Peminjaman Jubah Graduan) |
| Keperluan Dokumen | Membawa dokumen berikut ke lokasi peminjaman jubah:
|
| Lokasi Peminjaman Jubah Graduan | Semua graduan KECUALI graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP), Fakulti Pendidikan (FPEND)
• Bilik Seminar, Bangunan Tun Fatimah Hashim
Graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP), Fakulti Pendidikan (FPEND) SAHAJA.
( https://maps.app.goo.gl/sSesTiUUQRVL71rk7) • Ballroom UKMShape ( https://maps.app.goo.gl/MUwYrJQQuQk5PzeCA) |
| Lokasi Tempat Letak Kenderaan Graduan/Wakil | Dataran Dewan Gemilang ( https://maps.app.goo.gl/fdn3QgL6ucW8jj7P8) |
Pengambilan jubah melalui WAKIL adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, seorang wakil hanya dibenarkan untuk mengambil TIGA (3) helai jubah sahaja termasuk jubah sendiri bagi setiap kali pengambilan dan graduan diminta untuk memastikan WAKIL membawa bersama dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di atas.
Maklumat Sesi Edaran Jubah Graduan: Urusan Pinjaman Jubah
Urusan Pemulangan Jubah dan Pengambilan Skrol dan Transkrip: Selepas Konvokesyen
Graduan/wakil perlu memastikan: Jubah dan topi konvokesyen (mortarboard atau bonnet) berada dalam KEADAAN BAIK iaitu tidak lembab atau basah, tidak digunting, tiada jahitan kekal dibuat dan tiada kotoran kekal pada mana-mana bahagian jubah sebelum dipulangkan.
Pemulangan jubah melalui perkhidmatan kurier adalah TIDAK DIBENARKAN.
Semua graduan KECUALI graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP), Fakulti Pendidikan (FPEND).
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Tarikh | 21 November hingga 3 Disember 2026 |
| Waktu Operasi | 9.00 pagi hingga 5.30 petang *Hari Jumaat kaunter ditutup pada jam 12.00 tengah hari hingga 2.45 petang. |
| Lokasi | Bilik Seminar, Bangunan Tun Fatimah Hashim ( https://maps.app.goo.gl/sSesTiUUQRVL71rk7) |
| Bermula 4 Disember 2026 (Kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) *Denda pemulangan jubah lewat mula dikenakan | KAUNTER ARAS G, BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK UKM, LINGKUNGAN 2 ( https://maps.app.goo.gl/GXVeyGUs8Bkb9QmaA)WAKTU OPERASI KAUNTER Isnin – Khamis 8.30 pagi hingga 4.30 petang (kaunter ditutup pada jam 1.00 petang hingga 2.20 petang) Jumaat 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari sahaja |
Graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP), Fakulti Pendidikan (FPEND) SAHAJA.
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Tarikh | 28 November hingga 6 Disember 2026 |
| Waktu Operasi | 9.00 pagi hingga 5.30 petang *Hari Jumaat kaunter ditutup pada jam 12.00 tengah hari hingga 2.45 petang. |
| Lokasi | Ballroom UKMShape ( https://maps.app.goo.gl/MUwYrJQQuQk5PzeCA) |
| Bermula 7 Disember 2026 (Kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) *Denda pemulangan jubah lewat mula dikenakan | KAUNTER UTAMA UKMSHAPE ( https://maps.app.goo.gl/i3kKLzYbbmzh21wZ8) WAKTU OPERASI KAUNTER Isnin – Khamis 8.30 pagi hingga 4.30 petang (kaunter ditutup pada jam 1.00 petang hingga 2.00 petang) Jumaat 8.30 pagi hingga 4.30 petang |
Maklumat Sesi Pemulangan Graduan: Urusan Pemulangan Jubah
Maklumat Pengambilan Skrol dan Transkrip: Pengambilan Skrol Ijazah dan Transkrip
| Unit | Maklumat Perhubungan |
|---|---|
| Peperiksaan dan Pengijazahan | 📞+6 (03) 8927 2148 |
| 📧 uppshape@ukm.edu.my | |
| 📧 ooicj@ukm.edu.my | |
| 📧 norlisa@ukm.edu.my | |
| Hasil dan Kewangan Pelajar | 📞+6 (03) 8927 2108 / 2109 / 2133 |
| 📧 ukpshape@ukm.edu.my |