Klinik Optometri

optometry-banner

PENGENALAN

  • Klinik Optometri merupakan klinik pengajaran bagi mahasiswa tahun akhir yang diselia oleh pensyarah dan optometris yang bertauliah.
  • Perkhidmatan yag ditawarkan meliputi Klinik Rawatan Primer, Klinik Kanta Sentuh, Klinik Penglihatan Terhad, Klinik Penglihatan Binokular, Klinik Kanak-kanak (Pediatrik) dan Klinik Penglihatan Warna.
  • Selain itu Perkhidmatan Penjualan Cermin Mata, Kanta Sentuh dan Alat penglihatan terhad juga di sediakan.
  • Semua perkhidmatan adalah percuma kecuali pembelian alat bantuan penglihatan seperti cermin mata, kanta sentuh dan alat penglihatan terhad.

PIAGAM PELANGGAN

Kami akan memberikan layanan yang terbaik dan profesional.

WAKTU OPERASI KAUNTER PENDAFTARAN

Hari

Klinik
8:30 pagi-12:30 tengah hari)

Klinik
(2.00-4:30 petang)

Isnin Primer/Orthoptik & Penglihatan Binokular/Penglihatan Terhad Kanta Sentuh
Selasa Primer Primer
Rabu Primer/Pediatrik
Khamis Primer/Penglihatan Terhad Primer
Jumaat Kanta sentuh

PENDAFTARAN

Dokumen yang diperlukan:

  • Kad pengenalan/paspot (warga asing)
  • Kad pengenalan ibu atau bapa bagi kanak yang berumur <12 tahun
  • Kad kebajikan jika ada
  • Surat Jaminan (GL) bagi kakitangan kerajaan

Nota : Pendaftaran RM5 dikenakan untuk temujajni pertama sahaja. Golongan warga emas, OKU, pelajar dan kakitangan kerajaan dikecualikan

CARTA ALIR PERKHIDMATAN


Hubungi kami

Klinik Optometri
Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abd Aziz
50300 Kuala Lumpur
 +603-9289 7499 / 7443
 +603-2694 7621