Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

KLINIK OPTOMETRI

Tentang Kami

Klinik Optometri menawarkan perkhidmatan klinikal yang berkaitan dengan bidang optometri seperti Penjagaan Mata Primer, Kanta Lekap, Penglihatan Terhad, Penglihatan Binokular, Pediatrik, Elektrofisiologi dan Prostetik. Klinik Optometri juga menawarkan pemeriksaan mata menyeluruh yang dilengkapi dengan peralatan canggih seperti OCT, Topografi Kornea dan Kamera Fundus. Di samping itu, Klinik Optometri menyediakan penjualan alat bantu penglihatan dengan harga yang berpatutan.

Klinik Optometri juga merupakan tempat latihan klinikal untuk pelajar sarjana menjalani latihan klinikal dan praktikal. Klinik Optometri juga merupakan pusat rujukan bagi kes-kes khas dalam bidang kanta lekap seperti Keratoconus dan Orthokeratology dan mendapat rujukan dari klinik lain seperti Terapi Pekerjaan dan Klinik Psikologi Kesihatan. Selain dari lokasi di Jalan Raja Muda Abd. Aziz, perkhidmatan Klinik Optometri Bergerak (KOB) juga ditawarkan untuk melakukan perkhidmatan mata komprehensif di luar klinik yang menggunakan konsep “jangkauan kepada masyarakat” kerana menyediakan perkhidmatan di kawasan luar bandar dan bandar di seluruh Malaysia.

Selain itu, perkhidmatan Penglihatan Rendah juga ditawarkan di Sekolah Menengah Setapak (Pendidikan Khas), yang beroperasi seminggu sekali semasa sesi kuliah dengan memberikan pemeriksaan mata kepada pelajar yang mempunyai penglihatan terhad dan memerlukan bantuan alat bantu visual seperti teleskop dan kaca mata pembesar.

Perkhidmatan dan Jadual Perkhidmatan

Klinik Optometri Primer

Hari: Isnin, Selasa dan Khamis Jam: 8.30 am – 1.00 pm 2.00 pm – 5.00 pm​ (Rehat 1.00 - 2.00 pm)

Klinik Kanta Sentuh

Hari: Isnin Jam: 2.00 pm – 5.00 pm​ Hari: Khamis & Jumaat 8.30 am - 1.00 pm

Klinik Penglihatan Terhad

Hari: Isnin dan Khamis Jam: 8.30 am - 1.00 pm

Klinik Penglihatan Kanak-Kanak

Hari: Rabu Jam: 8.30 am - 1.00 pm

Klinik Penglihatan Binokular

Hari: Selasa Jam: 8.30 am - 1.00 pm

Perkhidmatan Elektrofisiologi

Hari: Selasa Jam: 8.30 am - 1.00 pm

Perkhidmatan Klinik Optometri Bergerak

(Bergantung kepada permohonan)

Perkhidmatan Prostetik
(Pembuatan Mata Palsu)


Pegawai Optometri
Norlaili Arif

Norlaili Arif

Pegawai Optometri U44 (Penyelaras Klinik)

Mohd Norhafizun Mohd Saman​

Pegawai Optometri U44

Nur Adibah Yahaya

Nur Adibah Yahaya

Pegawai Optometri U41

Siti Hanisah Mohd Shariffudin

Siti Hanisah Mohd Shariffudin

Pegawai Optometri U41

Kejayaan Klinik Optometri

1

Klinik Optometri merupakan antara klinik optometri pertama di Malaysia yang menawarkan kesemua perkhidmatan klinikal yang berkaitan bidang optometri di bawah satu bumbung dengan di barisi oleh pakar-pakar berkaitan seperti Pakar Kanta Sentuh, Penglihatan Terhad, Ortoptis, Pakar Penglihatan Kanak-kanak, Elektrofisiologi dan Prostetik. Malah, Klinik Optometri turut menawarkan pemeriksaan mata komprehensif dan jualan alat bantu penglihatan pada harga yang berpatutan tetapi perkhidmatan yang setanding dengan perkhidmatan yang di tawarkan di hospital awam dan swasta.

2

Klinik Optometri juga merupakan tempat latihan klinikal untuk pelajar optometri tahun 3 dan 4 menjalankan latihan klinikal dan amali klinikal. Selain itu, Klinik Optometri juga merupakan sebagai satu tempat rujukan untuk kes-kes khas dalam bidang kanta sentuh seperti Keratoconus dan Ortokeratologi. Di samping itu, Klinik Optometri juga menjalankan perkhidmatan inter-disiplinari dengan klinik sains kesihatan lain seperti Klinik Terapi Cara Kerja dan Klinik Psikologi Kesihatan

3

Selain daripada lokasi Klinik Optometri di Jalan Raja Muda Abd. Aziz, Klinik Optometri Bergerak (KOB) juga iaitu bas yang menempatkan peralatan lengkap klinikal optometri yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata komprehensif di luar klinik merupakan antara perkhidmatan terawal di Malaysia yang menggunakan konsep “outreach to the community” kerana akan menawarkan perkhidmatan di kawasan-kawasan pedalaman dan perumahan. Sehingga kini, perkhidmatan KOB telah menjelajah seluruh Malaysia bagi menawarkan perkhidmatan optometri iaitu Kedah, Perak, Pahang dan malah hingga ke Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak iaitu Sibu dan Kapit di bawah Program Health for Malaysia dengan kerjasama Fakulti Perubatan. UKM. 

4

Tidak hanya menawarkan perkhidmatan di dalam kawasan Kampus Kuala Lumpur sahaja, perkhidmatan Klinik Penglihatan Terhad turut ditawarkan di SM Pendidikan Khas Setapak yang beroperasi pada setiap Hari Khamis semasa sesi perkuliahan dengan menawarkan pemeriksaan mata untuk pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan terhad dan memerlukan bantuan alat bantu penglihatan terhad seperti teleskop, kanta pembesar dan CCTV.

5

Klinik Optometri turut mengalu-alukan sangkutan klinikal optometris luar sama ada daripada optometris bertauliah atau pelajar-pelajar universiti swasta yang ingin melihat kes-kes khas atau sangkutan bersama pakar-pakar berkaitan bidang optometri di kalangan ahli akademik di Program Optometri dan Sains Penglihatan yang kebanyakkannya telah berpengalaman lebih daripada 15 tahun dalam bidang yang diceburi seperti Kanta Sentuh, Penglihatan Terhad, Penglihatan Binokular, Kanak-kanak, Elektrofisiologi dan Prostetik.

Aktiviti Klinik Optometri FSK

(A) Klinik Optometri, Jalan Raja Muda Abd. Aziz
(B) Klinik Optometri Bergerak UKM (KOB)

Hubungi Kami

Alamat

Klinik Optometri UKM
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

telefon

+603-9289 7499

Masa operasi

Isnin-Jumaat: 8.30 am – 5.00 pm

Sabtu & Ahad: Tutup

Ikuti kami