TAKLIMAT PENGERUSI JAWATANKUASA AUDIT UKM BERSAMA AUDITI 2025

 

 

Unit Audit Dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UAD UKM) telah menganjurkan Taklimat Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM bersama auditi bagi tahun 2025 pada 27 Mac 2025 (Khamis). Taklimat anjuran UAD ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pihak auditi mengenai peranan UAD, proses pengauditan yang dijalankan dan fungsi Jawatankuasa Audit UKM serta kerjasama yang perlu diberikan oleh auditi dalam membantu melancarkan proses pengauditan.

Kumpulan sasaran bagi taklimat ini adalah Ketua Jabatan dan pegawai yang terlibat secara langsung dengan skop pengauditan di Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terpilih. Taklimat ini telah berjaya mengumpulkan seramai 27 orang pihak auditi secara keseluruhan bagi program pengauditan tahun 2025. Majlis dimulakan oleh Ketua Unit Audit Dalam UKM dengan kata-kata aluan dan membentangkan senarai program pengauditan bagi tahun 2025 serta prosedur pengauditan bagi memberi sedikit pemahaman kepada auditi. Seterusnya taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit UKM telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali mewakili Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM.  Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab.

 

UAD UKM berterima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali di atas kesudian meluangkan waktu menghadiri Majlis Taklimat Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM bersama auditi. Penghargaan turut diberikan kepada auditi yang turut sama hadir dan berharap taklimat yang disampaikan dapat meningkatkan pemahaman pihak auditi mengenai peranan UAD dan proses pengauditan yang dijalankan. Kerjasama dari pihak auditi amat diharapkan dalam membantu melancarkan proses pengauditan sepanjang tahun 2025 ini.

 

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan program ini.