Portal Rasmi Unit Audit Dalam UKM

 BEBAS, OBJEKTIVITI, INTEGRITI

APA ITU???

AUDIT PENGURUSAN / PRESTASI

Audit pengurusan / prestasi merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber yang digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan

 

AUDIT KEWANGAN

Audit kewangan merangkumi pemeriksaan sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.

 

AUDIT SISTEM / ICT

Audit sistem / ICT dijalankan bagi memeriksa kawalan dalaman persekitaran sistem automasi pemprosesan sistem maklumat dan bagaimana sistem tersebut digunakan. Audit Sistem Maklumat secara umumnya menilai sistem input, output dan kawalan pemprosesan pelan sokongan dan pemulihan, keselamatan sistem dan juga pemilihan kemudahan komputer.

 

AUDIT KHAS

Audit Khas ialah audit yang dilaksanakan atas permohonan pihak pengurusan Universiti / PTJ dan diluluskan oelh Jawatankuasa Audit UKM

 

AUDIT SUSULAN

Audit yang dijalankan bagi mengesah tindakan penambahbaikan  / pembetulan yang dipersetujui oleh auditi telah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Translate »