AKTIVITI HIKING DI BUKIT MELATI, NILAI

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Unit Audit Dalam (UAD) telah berjaya menjalankan program kesihatan dengan mengadakan aktiviti mendaki di Bukit Melati, Nilai pada 22 September 2023 (Jumaat).
Selain bertujuan meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh, aktiviti luar ini sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan dan menghilangkan tekanan kerja warga UAD. Aktiviti kesihatan ini mengambil masa hampir dua jam dimulai dengan sesi memanas badan, dan seterusnya menyusuri 3 bukit kecil iaitu Bukit Lipan, Bukit Monyet dan Bukit Cobra. Bukit Melati ini berketinggian 350 meter dari aras laut dan mempunyai trek sepanjang 4 kilometer.
Unit Audit Dalam berasa bangga kerana dapat menjalankan aktiviti kesihatan ini dengan jayanya dan berharap aktiviti ini dapat diteruskan dan menjadi aktiviti tahunan. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat membantu mengeratkan ukhwah sesama warga UAD.