AKTIVITI MENDAKI BUKIT TUNGGUL, DENGKIL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aktiviti mendaki di Bukit Tunggul telah diadakan pada 22 Mei 2025 (Khamis) dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Aktiviti mendaki ini adalah untuk membantu meningkatkan stamina, ketahanan fizikal, dan mengamalkan gaya hidup sihat selain dapat menghilangkan tekanan kerja warga UAD. Aktiviti sihat ini mengambil masa hampir tiga jam di mulai dengan sesi memanas badan, dan seterusnya memulakan pendakian Bukit Tunggul yang berketinggian 278 meter dan mempunyai trek sepanjang 5 kilometer pergi dan balik.

Unit Audit Dalam berasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada semua warga UAD dan Pelajar Latihan Industri yang terlibat kerana telah menyertai aktiviti ini. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengukuhkan semangat berpasukan.