AUDIT BADAN PERSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI PERKHIDMATAN (SPKP) MS ISO 9001:2015

Audit Pensijilan Semula (Recertification Audit) telah dijalankan di Unit Audit Dalam (UAD), UKM pada 16 April 2021. Pengauditan telah dilaksanakan oleh Pn. Elly Nadia Che Afzar daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang mana skop pengauditan adalah prosedur pengauditan UAD bagi tahun 2020.

Audit Pensijilan Semula ini dijalankan adalah bagi memastikansistem kualiti yang dibangunkan telah dilaksanakan dan terpelihara.

Di antara semakan yang dilakukan oleh Pn. Elly Nadia adalah terhadap sampel fail-fail audit terpilih di samping semakan ke atas penemuan audit dalaman SPKP, program tahunan audit dan rumusan tahunan. Hasil daripada pengauditan tersebut, UAD telah berjaya melepasi pengauditan dengan jayanya tanpa sebarang penemuan.

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan sesi pengauditan ini.