AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI PENGURUSAN PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN (SPK3P)

Audit Dalaman SPK3P telah berjaya dilaksanakan di Unit Audit Dalam oleh pasukan juruaudit SPK3P pada 01 Jun 2023 (Khamis). Pasukan juruaudit terdiri daripada Encik Norhishah Elias (Ketua Pasukan), Prof. Madya Dr. Che Radziah Che Mohd. Zain, Encik Mohamad Mahathir Amir Sultan dan Cik Hafizah Sa’don.

 

Tujuan pengauditan ini dijalankan adalah untuk menyemak kepatuhan UAD kepada keperluan Standard MS ISO 9001:2015. Skop audit meliputi data daripada Januari 2022 sehingga April 2023.

 

Semakan pasukan audit adalah menjurus kepada fail-fail audit, pengurusan fail & rekod, pengurusan belanjawan, pengurusan perolehan, pengurusan bayaran universiti, penilaian prestasi pembekal, pengurusan aset alih universiti, pengendalian aduan dan maklum balas pihak berkepentingan, pengurusan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan tempat kerja, pengurusan risiko, pengurusan hasil universiti, pengurusan latihan kawad kebakaran, pengurusan latihan dan pengurusan stor.

 

Pasukan audit dalaman SPK3P menggunakan pendekatan semakan dokumen, temubual, pemerhatian dan analisis dalam menjalankan pengauditan. Hasil daripada pengauditan tersebut, terdapat satu peluang penambahbaikan (OFI) yang dikeluarkan oleh pasukan audit. Tindakan untuk menutup OFI tersebut telah dibincang bersama dan akan diambil dalam masa terdekat supaya tidak berbangkit pada masa akan datang.

 

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan sesi pengauditan ini.