BENGKEL PENULISAN LAPORAN AUDIT

Unit Audit Dalam telah mengadakan Bengkel Penulisan Laporan Audit pada 14/12/2023 (Khamis) di Hotel Bangi Resort. Bengkel ini diadakan bagi menambahbaik penulisan laporan audit, rumusan audit dan ringkasan eksekutif yang disediakan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit UKM. Bengkel ini melibatkan perbincangan bersama Ketua Unit Audit Dalam, Penyelia dan Juruaudit serta semua kakitangan Unit Audit Dalam. Ucapan terima kasih kepada semua warga UAD yang hadir dan memberi kerjasama menambahbaik kualiti penulisan laporan audit yang disediakan.