KURSUS ENVIRONMENTAL SOCIAL AND GOVERNANCE (ESG)

 

Kursus Environmental Social and Governance (ESG) telah diadakan pada 11 Januari 2024 (Khamis) bertempat di Bangi Resort Hotel. Kursus ini melibatkan 15 orang kakitangan dari Unit Audit Dalam UKM, Pn. Siti Fatimah binti Othman (Penolong Pengurus Pematuhan & Pengurusan Risiko, UKMH) dan Puan Nur Hayati Baharuddin (Quality Assurance Assessor, IIAM). Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Nurmazilah Binti Dato Mahzan [Certified ESG Analyst, Certified Risk Management and Assurance, Centified Internal Auditor (CIA) dan Certified Public Accountant (CPA)].

Kursus ESG ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan berkenaan pengenalan asas kepada konsep ESG dikalangan Juruaudit, memahami elemen dan komponen penting ESG, memahami peranan Juruaudit dalam pelaksanaan ESG serta melihat cabaran dan pelaksanaan ESG dalam organisasi.

Selain itu, penceramah turut menerangkan latar belakang pelaksanaan ESG dan kepentingannya dalam organisasi serta berkongsi pengalaman beliau berkaitan pelaksanaan ESG dikalangan GLC dan MNC. Ucapan terima kasih kepada penceramah, warga Unit Audit Dalam dan peserta luar yang memberi komitmen bagi menjayakan kursus ini.