LAWATAN Kerja Delegasi Pejabat Audit Dalam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 29 Januari 2024 (Isnin), seramai enam (6) staf Pejabat Audit Dalam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diketuai oleh Cik Siti Nursyairah Ishammudin telah melakukan lawatan kerja ke UAD UKM untuk bertukar pandangan tentang Quality Assessment Review (QAR) yang telah dijalankan oleh pihak The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) serta pelaksanaan kertas kerja audit. Delegasi dari UIAM telah disambut oleh semua pegawai audit UAD UKM.

Objektif lawatan ini adalah untuk bertukar pandangan tentang Quality Assessment Review (QAR) yang telah dijalankan oleh pihak The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) dan pelaksanaan kertas kerja audit. Di antara topik perbincangan adalah berkaitan penyediaan dokumen untuk dinilai oleh pihak IIAM serta kertas kerja audit yang disediakan oleh pasukan audit UKM.

UAD UKM berharap lawatan kerja oleh Pejabat Audit Dalam, UIAM dapat mengeratkan silatulrahim antara kedua-dua organisasi serta membantu pihak Audit Dalam UIAM menambahbaik proses dan dokumentasi audit.