LAWATAN KERJA DELEGASI UNIT AUDIT DALAM MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

 

 

 

 

 

 

Pada 28 Februari 2024 (Rabu), seramai 8 orang kakitangan Bahagian Audit Dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diketuai oleh Encik Mohamad Nazrol Moktar telah melakukan lawatan kerja ke Unit Audit Dalam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UAD UKM) untuk bertukar pandangan tentang Quality Assessment Review (QAR) yang telah dijalankan oleh pihak The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM). Delegasi dari MAIWP telah disambut oleh Encik Ishak Md. Saboo selaku Ketua UAD UKM.

Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi pengalaman UAD, UKM dalam mendapatkan pensijilan Quality Assurance Review (QAR). Antara perkara-perkara yang dikongsikan adalah berkaitan Governance, proses audit, pelaporan, dan keperluan International Professional Practice Framework (IPPF) bagi memastikan aktiviti audit selaras dengan kehendak standard.

UAD UKM berharap lawatan kerja Bahagian Audit Dalam, MAIWP mencapai objektif lawatan serta dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara kedua-dua organisasi.