LAWATAN KERJA UNIT AUDIT DALAM INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (NIOSH) KE UNIT AUDIT DALAM UKM

Pada 26 September 2022 (Isnin), Unit Audit Dalam UKM yang diketuai oleh En. Ishak Md Saboo telah berbesar hati menerima delegasi seramai 3 orang daripada Unit Audit Dalam NIOSH bagi tujuan lawatan kerja yang diketuai oleh Ketua Unit Audit Dalam NIOSH, Pn. Salwati Binti Abd Rahman. Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada UAD UKM bagi memperkasakan kefungsian Unit Audit Dalam NIOSH dan proses pengauditan dalaman untuk menjadi juruaudit yang lebih profesional, relevan dan sistematik di masa yang akan datang. Bagi memenuhi objektif tersebut, Unit Audit Dalam UKM telah berkongsi ilmu berkaitan:
i. Struktur organisasi Unit Audit Dalam UKM;
ii. Prosedur Pengauditan;
iii. Pengalaman melaksanakan Quality Assessment Review (QAR); dan
iii. Pelan Strategik UAD UKM 2021 – 2025.

Unit Audit Dalam NIOSH turut berkongsi ilmu mengenai struktur organisasi di NIOSH dan aktiviti pengauditan yang telah dilaksanakan. UAD UKM berharap lawatan kerja oleh Unit Audit Dalam NIOSH ini akan dapat mengeratkan lagi jaringan hubungan di antara kedua-dua organisasi serta dapat memenuhi objektif lawatan yang diharapkan.