Lawatan Kerja Unit Audit Dalam USM Ke Unit Audit Dalam UKM

Pada 12 Ogos 2022 (Jumaat), Unit Audit Dalam (UAD) UKM yang diketuai oleh En. Ishak Md Saboo bersama 4 orang pegawai UAD UKM telah berbesar hati menerima delegasi seramai 8 orang daripada Unit Audit Dalam USM bagi tujuan lawatan kerja yang diketuai oleh Ketua Audit Dalam USM, En. ‘Ubaidillah Ozmin. Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian ilmu daripada UAD UKM berkaitan:

i. Quality Assessment Review (QAR)

ii. Penggunaan COSO Framework Dalam Kerja Audit

iii. Pengauditan Sumber Manusia

 

Kedua-dua pihak juga mengambil peluang ini untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan dengan aktiviti pengauditan. UAD UKM berharap lawatan kerja oleh Unit Audit Dalam USM ini akan dapat mengeratkan lagi jaringan hubungan di antara kedua-dua organisasi serta membantu pihak Audit Dalam USM dalam pelaksanaan QAR, COSO dan pengauditan sumber manusia.